Heart-ers ✿

Sunday, March 25

Happy Birthday : Nur Nabilah Dayana my Lovely buddy

Photobucket
 
HAPPY BIRTHDAY BEL BEL ! 
Hai awak. Ye awak yang nama Nur Nabilah Dayana tu. hehe. Selamat hari jadi yang ke 19. Saya doakan awak sentiasa dimurahkan rezeki dan di kelilingi dengan orang2 tersayang. Ye termasuk saya. hehe. Saya harap kita ni yang dulu Ex-student STK akan jadi pemegang sijil Diploma Logistic yang berjaya satu hari kelak! Kita boleh. Sep sikit tangan. hihi. Eh, saya serius ni. Jangan ketawa. Senyum pun jangan. Serius. okay, bagus. :D

Awak, dulu kita pernah satu dorm. Walaupun, kita tak berapa rapat dulu. Tapi dapat jadi budak satu sekolah dengan awak dekat KPM ni pun dah buat saya bahagia. Hehe. dan sekarang awak lah kakak, mak, dan juga nenek saya. hehe. Sebab awak ni kadang2 kuat membebel. Nama awak pun bel bel. :D haha. Tak tak saya gurau je. Jangan curi seluar dalam saya. tiba tiba -.-''

Bella, terima kasih sebab sudi jadi kawan baik saya. Saya takkan lupa apa yang awak pernah buat utk saya. Dulu, masa kita sama2 kerja kat Gintell, kerja kat parkson. Sama2 dengan paten, dengan ain Azue sekali. Best kan? Lepastu, masa saya demam kat rumah sewa flat tu. Saya demam panas. Saya rasa tu demam paling teruk dan paling panas kot. Awak yang tolong bangun pagi2 buta ambik kain basah letak kat kepala saya. Saya tak boleh bangun langsung. Masa tu saya cuma ingat mama saya je. Tapi mama takde, awak yang gantikan mama saya. Saya terharu sangat. Terima kasih awak.

sweet <3
Awak dengan awak punya gemok.

Dan juga jadi motivator saat saya frust dengan dia. Terima kasih lagi sekali awak.

Okaylah, dah la saya pinjam broadband awak. Haha. by the way, Malam birthday awak tu saya dan budak2 ni memang komplot tak nak wish birthday awak sebab nak buat surprise masa seminar nanti. Tak sangka pulak awak nangis sebab takde orang nak wish. Hehe. kalau saya pun saya sedih. Serba salah saya di buatnya. Tapi lakonan saya hebatkan? Tertipu awak. hahaha. padan muka.

Okay2, akhir kata. Selamat hari lahir yang ke 19. Saya sayang awak. Sayang sangat2 sebagai kawan saya yang paling baik ;) Saaaaaaaaaaaaaaaaaaayaaaaaaaaaaaanggggg awaaakkk. Mmmuahh sikit ;*

Saya dgn nabilah ni memang cakap awak-saya. Tak boleh ubah dah :D haha.
Kesian dia. Malam nya tu, dia kena simbah dengan air sabun + nasi basi+sup ayam+sambal. Hamek kau!


Wednesday, March 21

Happy Birthday : Fatin Noorhiqmah sahabat akhir hayat ;)

Photobucket
To my dearest friend,

Happy Birthday! hehe. dah 19 tahun dah kau. Tak tahu nak wish apa. Sebab semua wish dah bagi tahun2 lepas kan. hehe. Tapi takpe, aku wish lagi. Fatin, aku doakan kau sentiasa di berkati Allah. Semoga STPM kau akan berjaya dengan cemerlang sekali. Kau boleh! Kau pengawas yang garang jadi kau mesti boleh! Hahaha. Aku sayang kau taw. Even kadang2 annoying. haha. Tak tak. gurau2. 

Fatin, terima kasih sebab jadi kawan baik aku ;) Kita ada banyak persamaan. Kita kan suka karoke sama2. hehe. Aku pun takkan lupa kenangan kita kerja kat Gintell, kat Parkson, hantu gigi hantu galah. Ahhh macam2 la. Iman, John, Pungot, HAHA bla bla. dan orang2 yang agak menganggu hidup kita. Hehe. By the way, you hold the most important things about me. And thanks a lot friend ;)

Oleh, sebab kau kata aku tak ingat birthday kau. Aku nak terus terang sebenarnya. Aku ingat lah. Aku ingat sangat. Tapi bila dah nak dekat. Tarikh tu aku ingat jauh lagi. Rupanya dah 21 hb dah. Jadi, konklusinya aku bukan tak ingat. Cuma tak perasan dah 21 hb. Itu jeee. Tahun lepas pun samaaaaaaaaaaaa. Alaa, tak baik tau touching2 dengan aku. hehe. Senyum sikit. Oke dah sikit je. ;)

Aku rindu kau. Aku rindu nak nangis sama2. Rindu nak buli kau. Hari tu memang baru jumpa. api kepala aku kusut sangat sebenarnya. Jiwa pula tak menentu. humm. skema kan ayat? haha. Tapi zaman yang paling aku tak boleh zaman lepas SPM :) Rinduuuu gilaaa. Alamak, aku nak tulis panjang2. tapi tak sempat. Nanti aku tulis panjang2 lagi okay. Love you. 
Kad elektronik baru dari aku.
hihi

Sunday, March 11

Split Girls Personalities.


Photobucket

Dah mandi? Belum? okey kita sama. hehe. Hari ni aku teringin nak bebel panjang panjang. Humm, panjang tak panjang sangat la. Tengok je lah nanti.

Berdasarkan pada tajuk. SPLIT GIRLS IDENTITY. Perubahan Personaliti perempuan. haha. siap terjemahan sekali aku bagi. Dah dah. aku kena straight forward. untuk mengelakkan sebarang unsur salah tajuk. hi hi
Aku tak rasa lah perempuan je kot . Tapi mengikut pengalaman dan pengamatan aku. Almost girls lah yang banyak sangat personaliti ni. Diorang ni bukan hipokrit or bertalam talam atau apa pun tau.Tapi diorang ni berubah mengikut keadaan. Okay, but not for all girls. CERTAIN.

First, bila dengan family. Aku selalu nya tak akan banyak cakap. Aku banyak diam dan buat hal sendiri je. Tak tahu kenapa. Maybe sebab aku anak bongsu. Eh? ada kaitan? haha. Tak tak, sebab aku dalam family memang selalu buat hal sendiri. Mungkin ini memang perangai aku. Mama pun cakap aku ni pelik sikit. Dalam family kan, kadang2 memang susah aku nak bercakap, bercerita ke hape ke. Tak puas hati pun aku pendam je. Aku jenis protes. Mulut tak bising tapi tingkah laku je lebih. Ayah tanya sepatah, aku jawab sepatah. Tanya lagi sepatah terus dah takde patah -.-'  . Aku kadang2 banyak cakap jugak. Lagi lagi bila aku tengah excited. Aku akan ceritaaaaaa je kat mama tanpa henti. Sejak2 dah menginjak usia. Aku punya panas baran dah kurang sikit. Tapi aku tahu aku anak yang baik. hehe. 


Second, dengan kawan-kawan. Well, dah yang baca blog ni pun memang kawan2 kan. hehe Berbanding dgn family and friends. Aku teruuuuussss je berubah. Terus jadi bising, banyak cakap tak henti, gelak kuat kuat, cerita merapu, apa apa lah and i free to be myself bila dgn kawan2. Hilang stress. Sometimes, aku rasa aku tak kenal siapa diri aku kalau takde kawan2. Aku boleh jadi diri aku sendiri bila dgn kawan2. Segala permasalahan aku, memang aku cerita dekat kawan.

Then, with love one ;) aku macam biasa je. Macam dgn kawan2 je la. Tapi yang aku rasa lain, aku lebih sensitive. Manja tu memang. Maybe sangat kot. haha. Yelaaah, dgn sape lagi kalau tak ehem ehem sendiri. Aku dengan member aku akan tunjuk aku ni kuat. Tapi dgn dia tak. Aku bukan mengada nagada tak nak jadi kuat. Tapi selalunya bila aku jadikan dia punca kekuatan aku, dia jugak jadi punca kelemahan aku. Haihh. bunga bunga ayat awak ye diana. pening saya

Bila aku kat sekolah/kolej. Sama je bila aku dgn kawan2. Sebab dekat sekolah aku jumpa kawan2 aku. Tapi dalam kelas, aku senyap. Aku kacau orang bila aku bosan. Tapi mostly aku senyap lah sebab aku mengantuk. Weh weh, dah sem 2 ni, aku dah tak mngantuk. Hebat weh! *clap clap clap ok terima kasih atas tepukan hambar itu. -.-''

When im alone? hurm.. bila aku sorang2 aku selalu hidup dalam khayalan je memanjang. ahh malas lah cakap. malu plak. haha. okay dah. Tapi, bila orang yang tak kenal aku, for sure diorang akan cakap aku ni seorang pendiam dan pemalu. Bila dah kenal! haha. kau tau tau lah sendiri :) hik hik

source : we heart it
Annnndddd girls? how bout you? are we same side? ehehe. By the way, just be yourself. Split personality is normal. Not being hypocrites. 
There has a lot diff between just split and hypocrite. Happy with yourself and dont try to be others

bui bui you all :)