Heart-ers ✿

Saturday, December 28

Final Year Diploma. Alhamdulillah :)

Assalammualaikum.

Hai semua. Entry kalini mungkin tak banyak gambar. sebab nak banyak typing. haha. Final Year diploma. Maksudnya aku dah tahun akhir. Sekejap je. Hmmm setiap sem cakap macam tu. Bila sem 1 nak naik sem 2 cakaplah sekejap dah masuk sem 2. Samalah dengan sem sem seterusnya sempai sekarang.

Tapi memang betul pun, memang rasa kejap sangat. Rasa macam baru je daftar kelas. Tiba tiba je dah habis. Okay tipu. Takdelah tiba tiba sangat. Maybe sebab benda tu dah lepaskan, tu yang rasa kejap. But then, masa SPM aku rasa lama. Lama sangat sampai bila ntah nak habis rasanya. Lepastu bila habis rasa puas yang amat sangat.

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun aku amik diploma.Pejam celik pejam celik aku akan jadi Diploma holder. so, taraf pendidikan aku di mata masyarakat yang sering menilai seseorang berdasarkan taraf pendidikan mungkin sedikit meningkat. Ahh, aku bukan belajar sebab masyarakat. Aku buat untuk diri sendiri. Diorang cuma tahu menilai. Malah, kejayaan seseorang bukanlah sekadar pada taraf pendidikan mereka. Betul kan? Sudahlah diana. Kenapa kau emosi?


Skip.

Okay, setiap semester aku akan tulis entry. Setiap sem okay. Walaupun setiap sem jumpa orang yang sama. Tapi setiap punya cerita berbeza. So, my super difference semester dengan kesyukuran ke hadrat Ilahi aku berjaya mendapat Dean List. Dah lama aku tunggu, dari sem 1 lagi. Ye, mungkin aku tak dapat dean list setiap sem. Tapi sekali seumur hidup dapat dean list untuk diploma ni kira dah bersyukur sangat.

Thank You Allah, Thank you Mama Ayah doakan diana. Thank you kawan kawan semua yang bagi sokongan luar dalam, Thank You Sayang sebab tak jemu2 bg semangat, Thank you lecturer and Mentor. Hihi. Thank you me sebab kau tak rasa dump lagi. haha. Bila orang sekeliling kau dapat dean, dan kau sorang je tak dapat. And you will know what i feel.

Aku cuma tinggal satu sem je la. Semester 6. Semester paling akhir yang aku kena buat practical. Alhamdulillah, tempat practical dah dapat. Sama tempat dengan bella. Itupun Bella yang cari dan applykan sekali untuk aku. Terima kasih banyak-banyak bella. Nanti kita practical sama-sama okay. Company Synthomer or the other names is Revertex. Mudah-mudahan semua di permudahkan. Aku pergi practical nanti aku kena drive. Cuak sangat sebenarnya, tapi nak buat macam mana tak de sape nak hantar. Dah tu apa guna lesen kalau nak susahkan orang je kau ni. Lama-lama okay lah tu.

Okay. Dahla. Kan aku cakap. Entry ni memang takde gambar. Haha.
Belanja lah stu gambar. nah!

Tudung biru is Azie my roommate for Sem 1, Sem 3, dan sem 4.Even Azie is annoying. Haha. Tapi aku sayang dia.
Tudung merah is Zun. My classmate for sem 1 and sem 5. She looks kasar but she is super baik punya orang :)
And me sem 5 yang membesar dengan jayanya ! 
Selamat Tahun Baru semua. :)

Wednesday, December 25

Hash-tag : Throwback 2013 with Diana Azlan

Assalammualaikum. Hai.

Amboi bergema. Nampak sangat lama tak datang sini. haha. Usang. Macam biasa, lama tak update. Intro hambar. Perkara biasa. haha. Well, everyone hows your day? ahaaa. Good as always right.

Today was 25 Dec 2013. Thats mean ada lagi 5 hari untuk kita tinggalkan tahun 2013. Bila kita terpaksa tinggalkan so kita kena move on dengan yang baru. Apa yang baru? Tahun baru! Yeay! Tapi, mana nak datang yang baru kalau tak ada yang lama. 2013 pun sama nasib dengan tahun2 sebelum ni. Setiap tahun ada ceritanya, setiap tahun ada kenangan manis dan pahitnya. Dan setiap tahun juga ada insan baru yang datang dan ada juga yang pergi. So, khas utk kalini aku bawakan korang dengan memory 2013!

Kau baca tajuk aku? Tak ke acah acah glamour gittew. haha. By the way, aku tak buat susunan kronologi mengikut bulan. tapi aku ikut suka. haha.

Cantik kan? SubhanaAllah :)

Dalam 5 hari macam tu la. sangat memenatkan dan seronok! Kat sana ada banyak tempat aku pergi sebenarnya. Indonesia sangat luas dan yang aku pergi tu cuma suku dari Indonesia je. Kat sana macam terbesar yang aku pernah pergi. Contohnya, gambar aku tu adalah tasik tau. bukan laut. Tasik tu adalah tasik yang terbesar kat Asia tenggara dan di tengah2 tasik tu je ada pelbagai jenis pulau. 

Dan, kat sana jugak ada tempat peliharaan ikan emas terbesar. Aku tak sempat tengok tapi ada satu bangunan bentuk ikan emas untuk menunjukkan kawasan tu adalah tempat ikan emas yang terbesar. Adala sejarah dia. Aku tak ingat sangat. Takut salah pulak. 

Ada lagi pgalaman yang tak boleh aku lupa adalah.. Mandi kolam air panas di kaki gunung berapi. Air yang di panaskan tu memang semulajadi dan panasnya tu dari gunung berapi. haha. Macam mana nak explain. tapi macam tu lah lebih kurang. Masa mandi tu, mama kak long and dua anak buah aku memang berseronok sangat cuma aku je. Kejap2 pandang gunung berapi tu sebab di sentiasa berasap dan bila bila je boleh meletus tambah lagi gunung berapi tu adalah yang masih aktif. :D

Dan last sekali pgalaman paling awesome masa naik kapal terbang. Okay, this is my first time naik kapal terbang even just 45 minutes. haha. jakun okay. Kesian. Lepastu, bila kapal ni nak landing. Tiba2 dia naik balik. sebab salah buat pendaratan. Kapal tu buat U-turn kau tau. Hahaha. Cuak je. Then, buat pendaratan kali kedua dengan selamat. Okay done Medan!

Bakal isteri isteri solehah!
 Throwback sekian kalinya : This time kitorang beratur untuk daftar kursus kahwin. Semoga kita semua akan menjadi isteri yang solehah untuk suami masing masing. hihiks. Walau hakikatnya, ada yang tidurlah ape lah. Haha. Kursus kahwin dua hari ni sangat awesome. Lagi lagi masa dalam dewan tu kita jeling2 ehem kita je. hahahahahha. Dah cukup.






I miss uolls. SANGAT SANGAT. T_______________T
Inilah 3 orang si pendek gemuk yang menyusahkan.Haha. Rindu sangat kat budak 2 orang ni. Kitorang kat bilik ada banyak kucing tau. Kadang2 rasa macam kitorang ni mak kucing. Haha. Ada je kucing datang. Tambah lagi duduk kat aras paling bawah tu. Tapi bersyukur sangat dapat roommates yang semua sayang kucing. hihi. Ada lagi dua orang tapi diorang tu budak account so tak berapa nak rapat. Cuma masa dah nak akhir2 sem tu barulah macam together2 sikit. haha. 



Tadaa warehouse 1 Malaysia kata kau! haha
Tengoklah muka aku. Tidur pukul 5 pagi demi nak pastikan semua okay. 
Group utk warehouse ni same dengan group pergi melaka tu ha. Dalam masa sebulan jugak lah nak siap model ni. Leceh sebab kitorang buat semua in detail. Setiap kotak2 tu kitorang balut dengan kertas, ada conveyer tu pun balut satu2. Dengan kerjasama yang amat di baik oleh semuaaaaa ahli kumpulan. Kitorang berjaya hasilkan satu warehouse yang cantik. Cantik lah utk aku sendiri. haha.

Orang lain present, kita bergambar. wakaka
Ini adalah group utk dua subjek lain. Kitorang present sampai pinjam baju korporat budak account semata2 kan. haha. Kitorang ada nama group yang gila gempak aku cakap kau. Vevo Apprentice. Gempak ke masalahnya. Hahaha.


Candid by Bella. Kau nampak? pegang stereng mcm pro konon :p

Alhamdulillah tercapai jugak cita2 aku dapat lesen kereta sebelum praktikal. Mau masuk setahun lebih jugak aku nak siapkan. hahahaha. Seksa wehhh. Lagi lagi bila kau ada komitmen lain nak fokus kan. Mana nak pergi kelas driving. Nak nak yang bebal macam aku. Hahaha.


Gambar ni dapat jumpa dalam folder. mana ntah yg lain. haha
Throwbak 7 : Gambar kat atas ni semua masa kitorang pergi Terengganu Lawatan untuk subjek Pengajian Malaysia. Penat sebenarnya perjalanan cuma dihabiskan dalam bas sahaja. Best lah jugak. sebab tak pernah jalan jauh2 dengan kawan2. Nanti I cerita lebih pasal Terengganu okay. Nanti tu bila ntah, tak tahu
Paling misteri adalah si kepala separuh tu. Haha. Sorry acap tak sengaja dan skrg baru perasan. hihi
.Inilah masa yang di tunggu tunggu oleh semua budak2 sem 5 kolej aku. Dengan tema pastel colour semuaaaaa orang nampak cantik. Bella dengan Acap telah dinobatkan sebagai prince and princess. hihi. Bella macam biasa memang cantik, dia pakai apa pun cantik. kita suka. hihi. Acap mungkin antara yg bergaya. Dan aku jadi emcee yang sangat hambar malam itu. Hahaha. Lantaklah. dah lepas dah pun. Cop, ini blog Bella harkieparkie

Okay, aku nak pergi kedai ni. Nanti aku tulis yang lagi panjang. Nanti tu tak tahu bila. hahaha. Ok daa~

Friday, September 6

Melakau Assignmento.

Assalammualaikum, hai :)

Last week,my new group assignment and I baru balik dari Melaka. Ini task dari subject Pengajian Malaysia. We need to do a video about the history, or in easy word like a documentary lah gittew. haha.

Tak tahu kenapa nak speaking in rojak rojak term. Hahaha. Hancus.

Sebenarnya, boleh je nak buat dalam Johor, tapi sebab nak rare sikit. Rare tak rare sangat lahkan. Melaka je pun. Hahaha. So, bagi aku Melaka memang the most beautiful town in Malaysia. Tak terlalu busy, cantik siang malam, bersih dan damai. Cuma.... Okay ada cuma nya tu. Cuma.... panas amat, dan banyal traffic. Lol.

Idea pun keluar dengan spontan. Melaka jadi pilihan. Nak cari view kat Bandar Melaka tengah tu tak susah. macam2 benda boleh dijadikan bahan. Nak buat video memang pilihan yang terbaik. Eceh. Aku ni kenapa nak promote lebih2 kan. Bukan apa, benda dan elok hebahkan lah. Kan? kan?

So, macam mana perjalanan kami dari pergi saaaaaaaaaampai balik. Biar kami yang simpan. Simpan sebagai satu pengalaman yang sangat berharga. Kami semua ada 8 orang. 5 local, lagi 3 orang import. Hahaha.

Okay jom tengok gambar teaser. Eh? haha. teaser sangat.....
Konco konco gua. Sorang lagi camera-man
Shooting babak 100 kali take. haha

Part amik gambar ramai2 sebagai bukti adalah paling susah. haha

Favorite picture :)
This is local members. haha
Okay, papehal nak tahu pasal assignment ni, or macam ada hati nak tengok. Dapat no 4 video kitorang ni, okaylah nak fight dengan 20 lebih video lagi kan. Edit pun last minute. haha. So, you can contact me on twitter or email ;) Okay, chiao.

Friday, August 23

Sampai seru?

Ramai ramai sebut ALHAMDULILLAH. 


Kalau jodoh tak kemana. 
Janji Allah itu pasti.

Orang kata, gambar akan timbulkan 1001 teka teka kan? So, what you gonna say people?
haters, please dont cry. hahahaha 

Selamat Hari Raya AIDIL Fitri ! :)

Assalammualaikum, Hai.

Salam Syawal semua. Tak terlambat lagi aku nak ucap selamat hari raya. Sebab raya kan sebulan. hihi.

So, macam bau bau nak basi lah sebab sekarang dah raya yang ke berapa belas entah. Haha. 

Even Syawal sebulan. Bagi aku untuk sambut syawal beria ria paling lama pun dua minggu. Ye, sama macam sebelum2 ni. Tapi sepanjang dua minggu ni. Memang jadual aku penuh. Penuh dengan aktiviti raya. Hari raya pertama sampai ke 6 aku raya kat kampung. Pahang and Johor. Bila dah tua ni, nak jalan jauh. Duduk dalam kereta lama lama adalah sangat tidak di gemari okay. Serious talk. So, sebab kampung punya pasal. Aku akur. Nasib baik pahang. kalau kelantan? Terengganu? Perak?  Nahhh, maybe aku yang tak biasa. Yelah. Aku kan Johorean. Sekolah johor, kolej johor, kerja part time pun johor. Johor sejati katanya. Atau dengan lebih komersialnya aku JDT lah gittew. haha. 

Banyak yang best raya kalini. Best sangat. hihi. By the way, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin :)

Mama Ayah 
Siblings and nephew! 
Sempat beraya dengan bestpreng kita 

Konvoi beraya dengan ex ex aspuri 


Oh ye, cik aidil kita ni pun datang raya rumah kita. 
From selangor and alone. hihi ;)
Yang baju sama ni tak janji. 

Okay. Akhir kata. Sayangi perut anda. 

Salam Syawal,
Nordiana Norazlan.

Wednesday, August 14

With love(s) ♥

Assalammualaikum everybody. Amboi kemain debu, sampai tak nampak mana button dashboard aku. haha. Okay, itu maknanya aku dah lama tak update. Takpe, jangan banyak simpang. kita straight je.

Ramadhan lepas, 28 Ramadhan tak silap. Aku dan ex ex telah bertemu kembali setelah sekian lama tidak berjumpa. Haha. Dont get me wrong sayang. Ex aspuri kita. Diorang ramai. So, consider as, ex ex lah kan? kan? haha. k, tak lawak.

Master plan nya fatin Noorhiqmah, the prettiest in niqab one. hihi. and followed by we olls!Oleh sebab aku ikut planner, senang je flow dia. Jumpa kat Kluang Mall pukul 5 setengah. Tapi as usual, janji melayu ditepati. Pukul 6 lebih jugak semua datang. Well. As planned, kitorang makan kat kfc. Mudah, murah, cepat dan tangkas.

Bulan puasa, pergi je mana mana fast food restaurant kat Malaysia ni confirm penuh. Masa ni, orang yang aku kesian sekali adalah pekerja-pekerja sekalian. Kelam kabut, sampai kan dah buka pun tak sempat nak minum air. Nak nak lagi dah nak akhir akhir bulan ramadhan kan. Banyaklah jugak event event berbuka puasa dengan komuiti masing masing.

Alhamdulillah, buka puasa ramai ramai ni buat setiap tahun. Buat ubat rindu katanya. Hihi. Tapi, tahun ni ramai yang join. Ramai dari biasa. Tapi, dalam ramai ramai ni jugak, ada yang tak dapat join. Especially ieka saput yang hampir hampir nak join tapi tak dapat juga. Terkilan betul dia. InsyaAllah, next year umur panjang kita buat lagi okay.

Bila dah umur 20 tahun ni, semua ada jalan masing masing. Alhamdulillah, semua berjaya. Feeling rindu yang terubat tu memang manis sangat. Lagi lagi dengan kawan kawan hostel yang 5 tahun kami duduk sebumbung. Dulu, macam macam share story. Kita gaduh, kita baik semula. Kita ketawa, kita menangis sekali. Kita tidur sebantal, kongsi selimut. Awwww. rindunya.

Memang, friendship kat sekolah macam ni susah kita nak cari gantinya. Takkan dapat kat mana mana. Even kau masuk form 1 balik sekali pun. Oh, yang paling awesome nya diorang ni. Apa yang aku suka, apa yang aku tak suka. Almost semua diorang ingat. Macam tu jugak yang lain. Aku tahu yg ni suka apa, yang ni tak suka apa. This is called sweet! Benda tu kita tak pernah bagitahu pun tapi its going naturally be reminded. Itu pun dah cukup menunjukkan betapa rapatnya kami semua ;')



 Start from the left. Azue. Sekarang Azue kat UUM sambung degree sem 3. Sebelah dia. Hana. Bulan 9 ni sambung degree kat UPM , tudung kuning tu Alin. Usahawan internet muda. hihi. Now, diploma kat poli shah alam. Beside her, Ain. Sama macam hana bulan 9 ni sambung degree kat UPM. Next to her is, Mia. Now kat Kelantan. UMK. Tiba tiba je dia sorang kat kelantan. Hahaha. Sebelah dia tu, aku lah. hehe. Sebelah aku Ji'ah. Kecil molek ni sekarang diploma kat UiTM Terengganu. Sebelah ji'ah, Jidah. InsyaAllah bulan 9 ni, dia akan fly ke UK untuk futher study course Veterinar. Alhamdulillah. Next is, Ella. Physiotherapist. Macam ni ke ejanya ella? haha. Skrg, ella kat UiTM Puncak Alam. Kalau tak silap. Ketiga terkahir ni, Rai. Sama tempat macam Azue. Course je lain. The niqab one is Fatin Noor Hiqmah. Bulan 9 ni dia sambung degree kat UPSI. Course Kaunseling. Hihi. Lastly, the cutest and the most far is Fana Razak. Dia kat Sarawak course nursing. Yeay! Habis pun.

Aku bagi satu satu punya perkembangan tau. Haha. Doaku agar semua berjaya capai cita cita kalian semua.
Selekeh kan? Time yang selekeh ni lah aku rindu sgt.

SAYANG KORANG :*

with love,
Nordiana Norazlan

Sunday, July 14

Lama tak dengar cerita?

Asalammualaikum ;)

Hai hai hai. Setiap kali buat intro aku mesti fail. Tapi takpe. Memandangkan masuk sebulan lebih juga aku tak update. Hari ini aku gagahkan juga jari taip taip. Ye, memang banyak sangat nak di cerita. Cuma masa dan kerajinan menjadi penghalang. Ahh alasan.

Kalau tengok dari momentum history aku kat sebelah kanan ni. Tahun 2013 paling kuranggg update. Macam mendadak sangat kurangnya. Bukan apa. Sejak umur semakin menginjak kematangan ini perasaan untuk berkongsi cerita semakin berkurang. haha. Boleh di terima?

Baiklah. Aku mula.

Buat permulaan sem 5. Takde satu pun berjalan lancar. Semuanya bermula dengan air mata. Satu demi satu. Aku lah punca dari semua masalah yang aku alami. Padan muka aku. Baru seminggu. Ada banyak lagi minggu minggu yang aku kena tempuh. Apa yang aku boleh cakap. Sod ba ro diana. Sabar diana.

Semester baru. Kelas baru. Ehem baru. Kawan baru mungkin. Banyak kan baru? aku pun baru jugak ni

Dah semester 5. Tinggal sikit je lagi aku nak habiskan Diploma. Tahun depan praktikal. Macam mana lah agaknya. Aku ni jenis tak suka bekerja. Cepat bosan. Belajar je kalau boleh. InsyaAllah dengan rezeki aku nak sambung Degree. Sambung lagi Master. Jadi Pensyarah. Habis cerita. Tapi macam panjang sangat ceritanya. haha. Boleh diana.. Kau boleh.

Macam Kurus.


Mari kita lari topik sikit.
Sejak dah rasa macam senior paling senior ni rasa nak bagi nasihat kat adik adik. hik hik Buat adik adik yang nak amik logistic kat luar sana. Teruskan. Logistic adalah satu bidang yang tak akan pernah lupus dekat dunia ni. Market dia selalu ada. Yang perlu ada cuma minat. Kalau takde minat nak belajar. Tak payah la. Buang masa. Mesti tertanya tanya. Apa itu logistik. Untuk AKAK yang dah nak masuk 3 tahun belajar dan berkecimpung dalam bab bab logistik ni. Rasanya dah cukup layak untuk memperkenalkan logistik kat adik adik kan? haha

 Sebelum tu kita ambil contoh maggi. Maggi yang korang makan tu. Yang wujud kat Malaysia ni sebelum kita lahir lagi. Tahu kan? okay. Maggi tu di hasilkan di Malaysia. Namun sekarang, pasaran Maggi semakin meningkat. Indonesia, India, Australia dan mana mana lagi. So, macam mana Maggi nak hantar produk diorang? Diorang perlukan logistik! Kat sinilah peranan logistik. Pengangkutan apa yang diorang perlukan. Berapa banyak lori yang diorang nk gunakan. Dalam logistik korang akan belajar macam mana nak uruskan warehouse, supplier dan handle cost dalam bisnes. haaa. faham tak?  Secara ringkas dan padatnya. Logistik adalah satu aktiviti yang melibatkan satu proses perniagaan. Errr. susah pulak. Meh la baca blog habang ni. SINI .

Betullah kan. Jadi budak logistik. Soalan paling menyampah adalah " Logistik itu apa?" Demm je rasa.

Jauh sangat perginya. Sampai maksud logistik bagai. Rasanya google adalah lebih baik. haha.

Bulan bulan puasa macam ni. Tak elok cakap pasal makanan. Eh? hahaha. Okay lah. Siapa yang macam rindu dian tu nak bagitahu, dian tak guna facebook. Dian guna twitter je. Stalk je lah dia kat twitter. Nak suruh dia update blog memang berzaman. haha.. Okaylah. selamat berpuasa kawan kawan.

Salam Sayang, Diana Azlan.

Meniti hari angka dua.


Monday, May 13

Spirit and Soul.


Thank You ALLAH ;)

Supporter dunia akhirat ;)
'Kau ada kala ku suka, kala ku duka' 
Even distance doesn't make us apart.
Semua kawan infinity kita. ;'*

'Kau la yang selalu, selalu menemani ku' ;)
THANK YOU !
Sometimes, love can share. But sometimes not.
In every word, i just can say sorry and love me.
I love you all.
Sincerely, me.

Tuesday, April 23

Takde tajuk

Assalammualaikum.

Wahai final yang bakal mendatang, sesungguhnya aku memang tak bersedia apa apa pun. Namun, segala onak duri di semester 4 ini telah ku lalui dengan hebat sekali. Tahniah buat diri.

Semoga berjaya diri ini. Pointer memang bukan segalanya. Tapi, disitu juga letak matlamat ku. Jangan berani kau turun ye pointer. Tunggu kau.
Selamat datang orang baru.

3:26 am
Bilik manis bilik.


Sunday, March 10

Lejen Press - I am LEJEN.

Entry promote dengan penuh ikhlas tanpa diminta.

Hai semua, oh ye, Assalammualaikum. Aku tak tahu siapa yang jawab salam aku, tapi beri salam dah jadi kebiasaan sebagai permulaan bicara.

Apa bende lejen press? Bagi yang dah tahu tahniah lah, bagi yang tak tahu. Lejen press ni Publisher bagi karya karya novel untul penulis indie dan antara novel yang diorang publish adalah Awek Chuck Taylor, Lelaki Eksistensial, Ketakutan, DAN BANYAK LAGI. Baca lah detail pasal lejen press kat blog diorang k. KLIK SINI. LEJEN PRESS .

Hasil pembelian yang tidak di sesali.
Apa? Novel? Ohh, Jujur kalam berbicara dan jari melahirkan rasa. Im the type yang tak boleh bla dengan novel novel cinta. Yes, since sekolah lagi pun. Tak bermakna aku tak dengar lagu cinta, atau pun tengok movie2 cinta. Yang aku cuba sampaikan aku tak boleh nak fokus untuk jangka masa yang lama. Lagi lagi novel. Oh ye, sama jugak perginya dengan drama bersiri, apa tang lagi yang memerlukan fokus. Aku ada roomate, ohh bukan roommate aku je, ramai kawan aku yang gila novel. Diorang boleh layan novel dengan tekun. Aku tahu ramai macam tu. Orang macam ni kita panggil dia 'kaki novel'

Dan, aku tahu ramai jugak orang yang macam aku. Yang tak boleh masuk bab bab novel ni. Dengan berbesar hatinya, aku syorkan korang baca buku buku or novel novel dari Lejen Press. Entah mana datang kekuatan aku, nak baca novel. Then, orang kata. Tak cuba tak tahu. Malah lebih tepat, Tak kenal maka tak cinta. Aku cuba baca dengan Awek Chuck Taylor. Mengisah kan cerita watak yang bernama Hafiz dan berdasarkan hidup realitinya. and its so awesome. Awesome ngat ! So, why not korang cuba baca kan?

Mungkin sebelum habis sem 4 ni, ini entry yang last. Dengar cakap aku, baca novel lejen press. haha. Okay. bye semua. Semoga Allah memberkati kalian. ;)

Pleasure follow them on twitter LEJEN PRESS.
Diana A.
Rumahku Manis
5:00 pm 10/3/2013

Wednesday, March 6

Kisah Cinta - FeelHoney

Assalammualaikum :) 


Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

kini kau dimana

meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

air mata pun jatuh ke pipi

mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana

namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..

Artis : FeelHoney

Komposer : Copyright Controlled (originally composed by Beethoven)
Penulis Lirik : Hasbi Hj Muhd Ali (Neurotic Studio)
Susunan muzik : Abd Halim Ahmad (Neurotic Studio)
Studio rakaman : Neurotic Studio
Suara Latar : FeelHoney & Plaintive Melody
Penerbit : Abd Halim Bin Ahmad 

For Youtubers Subcribe them on FeelHoney.
Support our nasyid group. 

M/D : Allah, sejuk hati dengar :')