Heart-ers ✿

Saturday, August 30

Degree here I come :)

Alhamdulillah.

Lama tak update. Lepas habis diploma ada rezeki sambung degree. 1 Sept ni aku masuk UNIKL Mitec hihi.
Banyak sangat nak cerita. tapi sabar. Simpan. haha okay bye.

Tu je? Haha

Wednesday, April 9

At the end.

Hai korang. Hai. Hai Hai.

Aku dah habis practical. Hip hip hip horeey. haha. Suka sangat tak tu,

Okay sebenarnya bila dah habis baru rasa 3 bulan tu berlalu dengan pantas. Bila bulan pertama dengan kedua tu memang rasa lama sangat sebab hari hari menghitung hari. detik demi detik. Saat berlalu. Tuppp dah bulan ketiga. Kau baca tuppp tu biar lama sikit. sebab itu macam sound effect. kah!

Niat dalam hati memang nak cerita panjang panjang. Tapi aku cuba sedaya upaya. Ni akak nak pesan lah sepanjang practical ni kalau orang cari pasal dengan hang. Hang diam jaaaaa. Hang tu budak practical. Adatlah dunia ni kalau ada yang memijak. Nak melawan pun tak guna. Tapi kalau dia macam melampau sangat. Bangkitlah bro. Jangan jadi bodoh. Aku cakap ni pun bukan sebab ada pengalaman pun. Alhamdulillah semua baik baik. Hahaha Cuma bagi pesanan jaa.

Seminggu terakhir kat sana memang rasa disayangi. Mmang banyak pula kerja tiba tiba. Nampak. macam tetiba je kan orang perasan keujudan aku dengan bella. Baru orang perasan aku ni ada function kat situ. Baru lah masing masing nak kongsi pengalaman nak mengorek rahsia sedikit demi sedikit. Dan barulah nak tukar no phone. nak rapat rapat. Ohhh sangat.. hahahaha

Tapi tak cakaplah sebelum ni diorang tak layan kitorang dengan baik. Tapi macam bertambah bila tinggal minggu terakhir. Rindu pulak haih. Mana taknya. Dalam seminggu terakhir tu boleh dikatakan hari hari di belanja makan oleh akak akak sana. Ilmu yang diberikan pun semakin banyak. Kau bayangkan aku belajar semua sistem dalam amsa seminggu. Sebab takut aku tak dapat apa apa ilmu sepanjang practical. Sebelum ni takdepun kisah.. hmmmmm.

Kita kat mana mana pun ada kenangan pahit manis. Yang pahit pahit tu malaslah nak kongsi. Simpan buat pedoman sudahlah ye dak? Simpan kemas kemas dalam hati. Ada hari kita buang. yeay.

Dah tu sempat jugak aku mengisi masa lapang aku kat sana dengan membuat report. Alhamdulillah takdelah susah hati sgt tengok report sekarang yg nak kena hantar dua minggu lagi. Tapi sejak habis practical minggu lepas memang tak sentuh lagi pun haha. Just in time broo. Hahaha. Okay meh jamu mata.
Customer Service and Logistic Department, Synthomer Kluang :)

Aku tak acah acah. Aku memang tengah buat kerja. Serius.Ni lah office utk 3 bulan. 

Ini Pantry harian dan tempat duduk favorite. Selalu bawak bekal. Dah nak habis baru rajin ke kantin. 

Muka kena buli. 2 minggu terakhir kena buli.
Tapi aku redha. Haha. 

Lepas kena buli. Diorang belnja makan.haha

Favorite kakak. dekat sana. Miss her.

Berakhir dengan jayanya.

Tempat kita. Hew hew. Duduk sebelah mesin potostat kau. Tak pernah lagi dengar dia bergerak sendiri. Alhamdulillah.

Computer berjasa yang bagi aku peluang buat report. Maseh.
Okay lah. Tak sabar nak jumpa kesayangan. Tak sabar nak jumpa kawan kawan. Kawan kolej yang sengal abadi.hahahaha. Kbye.

Sunday, March 23

Khas untuk Fatin Noor Hiqmah dan Nur Nabilah Dayana :)


Dua kawan baik saya yang sangat saya sayang. 
Fatin dan Bella
Moga Allah Panjangkan persahabatan kita :)
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kawan baik saya Fatin dan Bella. (nyanyi laju laju)
Allah selamatkan kamu...

Bismillahirahmannirrahim.

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran sahabatku ini, Kau Panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun2 sudah. Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah,banyak,berkat dan direstuimu Ya Allah.Jauhkanlah sahabatku ini dari belenggu kesusahan, kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga. 

Ya Allah Ya Tuhanku...Bukakanlah kepadanya pintu kebajikan,pintu berkat,pintu nikmat,pintu rezeki,pintu kesihatan,pintu keselamatan,pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga. 


Ya Allah...tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah.Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya.Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat.Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya. 


Ya Allah hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan.Ya Allah Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik,terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu,Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat.Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu. 


Ya Allah..hambaMu ini mengakhiri permintaan ku ini..dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan,kejayaan,kekayaan dan keindahan kepada sahabatku ini di dunia dan akhirat.Kau Jadikan dia hamba yang beriman,bertaqwa,beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.Ampunilah segala dosanya sedar atau tidak.Jadikanlah dia sebaik2 wanita iaitu wanita yang solehah.Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbal 'Alamin. 

ps : Dian mengaku dian copy. hihi. Tapi ia membawa makna yang baik. Lagi ramai baca. Lagi bagus. kan kan?
salam sayang salam rindu,
diana azlan