Heart-ers ✿

Sunday, July 14

Lama tak dengar cerita?

Asalammualaikum ;)

Hai hai hai. Setiap kali buat intro aku mesti fail. Tapi takpe. Memandangkan masuk sebulan lebih juga aku tak update. Hari ini aku gagahkan juga jari taip taip. Ye, memang banyak sangat nak di cerita. Cuma masa dan kerajinan menjadi penghalang. Ahh alasan.

Kalau tengok dari momentum history aku kat sebelah kanan ni. Tahun 2013 paling kuranggg update. Macam mendadak sangat kurangnya. Bukan apa. Sejak umur semakin menginjak kematangan ini perasaan untuk berkongsi cerita semakin berkurang. haha. Boleh di terima?

Baiklah. Aku mula.

Buat permulaan sem 5. Takde satu pun berjalan lancar. Semuanya bermula dengan air mata. Satu demi satu. Aku lah punca dari semua masalah yang aku alami. Padan muka aku. Baru seminggu. Ada banyak lagi minggu minggu yang aku kena tempuh. Apa yang aku boleh cakap. Sod ba ro diana. Sabar diana.

Semester baru. Kelas baru. Ehem baru. Kawan baru mungkin. Banyak kan baru? aku pun baru jugak ni

Dah semester 5. Tinggal sikit je lagi aku nak habiskan Diploma. Tahun depan praktikal. Macam mana lah agaknya. Aku ni jenis tak suka bekerja. Cepat bosan. Belajar je kalau boleh. InsyaAllah dengan rezeki aku nak sambung Degree. Sambung lagi Master. Jadi Pensyarah. Habis cerita. Tapi macam panjang sangat ceritanya. haha. Boleh diana.. Kau boleh.

Macam Kurus.


Mari kita lari topik sikit.
Sejak dah rasa macam senior paling senior ni rasa nak bagi nasihat kat adik adik. hik hik Buat adik adik yang nak amik logistic kat luar sana. Teruskan. Logistic adalah satu bidang yang tak akan pernah lupus dekat dunia ni. Market dia selalu ada. Yang perlu ada cuma minat. Kalau takde minat nak belajar. Tak payah la. Buang masa. Mesti tertanya tanya. Apa itu logistik. Untuk AKAK yang dah nak masuk 3 tahun belajar dan berkecimpung dalam bab bab logistik ni. Rasanya dah cukup layak untuk memperkenalkan logistik kat adik adik kan? haha

 Sebelum tu kita ambil contoh maggi. Maggi yang korang makan tu. Yang wujud kat Malaysia ni sebelum kita lahir lagi. Tahu kan? okay. Maggi tu di hasilkan di Malaysia. Namun sekarang, pasaran Maggi semakin meningkat. Indonesia, India, Australia dan mana mana lagi. So, macam mana Maggi nak hantar produk diorang? Diorang perlukan logistik! Kat sinilah peranan logistik. Pengangkutan apa yang diorang perlukan. Berapa banyak lori yang diorang nk gunakan. Dalam logistik korang akan belajar macam mana nak uruskan warehouse, supplier dan handle cost dalam bisnes. haaa. faham tak?  Secara ringkas dan padatnya. Logistik adalah satu aktiviti yang melibatkan satu proses perniagaan. Errr. susah pulak. Meh la baca blog habang ni. SINI .

Betullah kan. Jadi budak logistik. Soalan paling menyampah adalah " Logistik itu apa?" Demm je rasa.

Jauh sangat perginya. Sampai maksud logistik bagai. Rasanya google adalah lebih baik. haha.

Bulan bulan puasa macam ni. Tak elok cakap pasal makanan. Eh? hahaha. Okay lah. Siapa yang macam rindu dian tu nak bagitahu, dian tak guna facebook. Dian guna twitter je. Stalk je lah dia kat twitter. Nak suruh dia update blog memang berzaman. haha.. Okaylah. selamat berpuasa kawan kawan.

Salam Sayang, Diana Azlan.

Meniti hari angka dua.


2 comments:

Fatin Farhana said...

comelnya blog dia! diana, you orang kluang johor ke?

dianazlan ♥ said...

Hai hana! im kluang-rians lah. haha.