Heart-ers ✿

Monday, June 11

My New Baby :)

Photobucket

 Hai semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ^^,

Aku masih lagi bercuti dan menikmati hari hari cuti dengan indahhhhhhh sekali. Hihihi. By the way, aku minta maaf sebab memang dah jarang jarang. update blog. Bukan apa, aku tengah gian main game. The Sims. Even dah lama main pun. Perasaan ini tetap sama. hehe. Itulah cara aku mengisi masa lapang aku daripada mengingati orang yang tidak ingat kita. 

Okay, nak cerita pasal baby baru. Alhamdulillah dengan rezeki Allah yang tak daya aku menolaknya. Humm, apa? Fikir apa? Dapat baby kucing lah. haha. Aku bela anak angkat kucing ni ha. Sebab aku dah rindu sangat nak main kucing. Dekat kolej tu, kucing busuk ke tak busuk ke, aku lenjan je. Ntah pape. So, aku teringin nak tambah pahala. Nak jadi macam Abi Hurairah yang jaga makan minum kucing. Seekor pun jadilah. 

Oleh kerana kat kolej, makan sendiri pun cukup cukup je. Nak membela haiwan tu sangatlah tidak menggalakkan. Jadi, aku cuti ni. Aku rasa macam nak sambung je impian aku nak bela kucing. Dah lama sangat tak ada kucing kat rumah. Dalam 5-6 tahun jugak lah. Sunyi rumah ni. Takde seri. hahaha.

Nak di jadikan cerita yang sepatutnya aku nak cerita.Aku utarakan hajat aku kat ayah. Namun, Ayah sangat sangat lah tidak bagi kalau sesiapa penghuni rumah ni nak bela kucing ke hape. Haiwan lain takpe. Sebab dulu ada kucing. Tapi bila kucing tu iyaaaak rata-rata. Ayah yang bersihkan. Lepastu ayah tak sanggup nak menangis atas pemergian kucing tersayang. Kalau kucing mati, satu rumah tak lalu makan. Sedih :'( Ayah dah serik.  

Jadi aku pun merayu punya merayu, siap minta tolong orang tengah plus orang dalam iaitu Mama :D Dan ayah pun putuskan bahawasanya aku boleh nak bela kucing TETAPI ! ada tetapi nya tu. Aku perlulah bertanggungjawab penuh atas kucing tersebut dalam masa sebulan. Iaitu dalam tempoh masa aku cuti ni. So, takkan lah nak bela sebulan then buang kan? Kan kejam namanya tu. 

Aku fikir punya fikir. Aku nak pinjam kucing jiran aku. Dia ada banyak kucing cantik cantik. Kalau aku pinjam, mesti dia tak marah kan. hihi. Aku mintak lah tolong mama mintakkan kat jiran aku. Cik Yati nama dia. Anak dia Haikal. Muka macam Iman. Haha *tak perlu cerita kot* Cik Yati memang ternyata sangat baik. Dia bagi lah seekor. Yeayyyyyyyyyyy !  XD


Okay, nama dia CIGENIT. Ouh, bukan aku yang letak nama tu. Cik yati, tuan diaaa yang bagi. Haha. Kalau aku nak bagi nama kucin. Tak pun panggil meow je. Kan lebih dekat dengan jiwa kucing. Tak gitu? haha. Dia sangat comel. Warna kelabu pelbagai tone, Bersisik, eh tak berbulu. haha. Betina dan sangat manja dan aktif. And and dia ni kaki pendek. Gemok. Hahaha macam aku, kalau aku kucing aku mesti comel. BHAHAHAHA. Jadi orang pun comel apa? haha. dah diam. Sambung.  Mula mula, macam malu malu kucing lah jugak. Lepastu dia dah okay, asyik nak ikut orang je kejenye. hehe. Comel kan? hehe. Dia betina, tapi dia nakal. Hehe.

By the way, aku jaga cigenit macam orang. Cuma beza dia tak pandai bercakap. Itu je. Kalau lah boleh bercakap. Jadi lah teman aku kat rumah yang berseorangan ni. Hehe. Okay, nampaknya sampai disini sahaja. Dia nak main je. Ni ajak aku main cak cak bah dengan dia. HEHE. Boleh kurus aku layan kucing.

wassalam semua pecinta kucing yang tak cinta dan biasa biasa pun wassalam jugak . hihi




No comments: