Heart-ers ✿

Saturday, December 15

How great my Semester 3.

Photobucket
Semester 1 : Sini
Semester 2 : Sana

Sedar tak sedar aku dah habis sem 3. Sedar tak sedar aku dah nak naik sem 4 dah. Sedar tak sedar, aku dah jatuh cinta dengan Logistik yang pada mulanya aku memang blackout habis apebenda la logistik tu. Macam korang semua, tak tahu kan apa itu logistik? Ye, samalah dengan aku masa sem 1 dulu. 
Tapi, dengan berkat doa mama ayah, aku buang semua perasaan benci, buang semua perasaan tak nak ambil tahu. Aku buka hati, aku bersihkan fikiran dengan segala negatif. Sekarang, aku dah dapat faham, dah dapat bayangkan how a Logistician work. :)

Tak semudah tu kawan. Tak semudah tu nak belajar nak hayati apa yang kita tak minat. Benda tu kita kena pupuk. Kalau bukan kita sendiri yang pupuk minat tu siapa lagi? Lecturer dah berbuih mulut cerita pasal benda yang sama. Logistik itu, ini. Tapi bukan masuk otak pun. Kawan kawan semua pula masing masing cerita nanti dah habis diploma nak kerja kat port situ, port sini. Nak sambung study kat Universiti itu. Universiti ini. Tapi, satu pun tak lekat kat hati. Kadang kadang buat aku rasa sedih. Sampai bila nak jadi macam ini? Sampai bila aku seksa diri belajar benda yang kita rasa pahit? 

Jadi, benda benda ni semua bergantung atas diri kita. Perasaan tak minat itu kan datang dari diri kita. Adalah menjadi tanggungjawab untuk kita hapuskan perasaan tak minat tu berubah kepada minat. Ini untuk kebaikan. Masa mula-mula masuk. Aku cuma pegang satu je dalam hati. Aku pergi ke Kolej Professional Mara ni sebab aku nak berjaya. Aku percaya dengar cakap mak akan tercipta satu keberkatan dari Allah. Dan Allah berfirman bahawa : 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." 

[ Surah. Al Baqarah : 216 ]
Alhamdulillah, aku dah faham dengan semua makna hikmah di sebalik sesuatu. Aku dah rasa. Hihhi. 

Masa semester 1, aku blurr je. Aku baca buku, aku belajar semua based on apa yang aku rasa masuk exam. Semester 2 pula subjek subjek yang ada tak banyak pasal theory logistik. So, aku tak pening pening sangat nak push myself. Dan semester 3 pulakkk, all subject are about the real what is logistic. Lagi mendalam. Sikit demi sikit aku dah berjaya tanam rasa cinta untuk course aku . Hihhi. Tak tahu semester 4 nanti macam mana. InsyaAllah, dengan izinNya aku boleh lebih faham.

Sejujurnya aku takut dengan result semester 3 ni. Untuk first paper, second paper aku adalah semangat juang. Masuk ketiga, keempat kelima tu. Jauh terbang semangat aku. Takpe, aku tetap nak bersangka baik dengan Allah. Apapun keputusan, aku kena redha. Redha je okay. Terima salah sendiri. Sendiri buat , sendiri tanggung ;)

Nak cerita pasal Kawan. Perasaan. Hati. Air mata. Ketawa. Banyak sangat berlaku. Benda ni semua penambah perisa, racun penawar untuk aku tempuhi semester tiga ini. Kalau tak ada semua sahabat sahabat aku kat kolej ni, aku tak mungkin berjaya sampai semester 3 ni. Tak mungkin aku boleh bertahan dekat Kolej Profesional Mara. Terima kasih kawan-kawan. Dian sayang semua. Uhibbukum fillahita'ala.

Sekian. Terimalah selingan gambar-gambar kenangan dengan sahabat :)


My besties , Biella Dayana.
Terima kasih awak   
My classmates DLM 3C  
My inspire Firework team  
My Superior Roommates  
Raya with my Mentor. Madam Siti. The middle one  
With all green girls. My DLM 3 girls  
Semangat sorak Kuasa Hijau 

Kelas malam :)
*usaha nak amik shot bubble cantik tak dapat. haha

Bomba Time. Smoke house moment  * kat belah kanan belakang tu.

With this accident replica. Eh apa nama dia? haha
Sweet moment ever. BBQ with my girls ! ❤ 
We are going PTP trip !  

Semua DLM 3 yang terlibat dalam trip PTP. *tak semua actually




2 comments:

FazliShukor said...

gambar yang last tu kenapa dah tak kawan dah? :O *Kepohnye aku*

dianazlan ♥ said...

Ali. Aku sebenarnya nak tulis. Kawan je tak lebih dari tu. Hahaha. Sorry ;p