Hai. Hari ini aku menulis sempena hujan turun selepas kemarau di bumi kluang. Menulis ke menaip ke lantak lah. Yang penting, aku rasa bersyukur sangat sampai menangis seiring dengan hujan yang turun. Hiperbola sangat aku. Kah kah. Namun, Alhamdulillah. Inilah namanya NIKMAT kawan kawan. en ai kay em ae ti. NIKMAT. hihi
Okay. taip random macam sekarang mungkin akan lahirkan pelbagai isi yang ntah apa apa. Nama pun random.
First sekali nak cakap practical dah nak habis. Lagi 3 minggu. Di akhir akhir practical ni rasa macam sedih pulak. Ye seronok dan tak sabar tu memang tk dapat dinafikan. Haha. Cuma aku akan rindu suasana bosan aku. Rindu dengar orang buat lawak pastu aku sibuk tumpang gelak. Belum pape lagi aku dah rindu. Parah. Tahu tak part apa yang paling best sepanjang aku practical? Jawapannya adalah makan! Setiap kali department aku buat makan makan mesti rasa bagai di syurga. Over. Dan ada jugak part paling tak best bila kewujudan kami budak practical adalah sebagai bayang bayang. Kekadang tu bukan macam bayang bayang tapi lebih kepada lutsinar. Haha itsokay. Kami sedar kami siapa. *duduk hujung diam diam*
Hai Bella. Buat apa tu. Haha Dahulunya, aku tak tahu ini adalah meja makan. Dan aku gunakan ia sebagai meja kerja aku. Sekarang ada meja baru dan jemput jamu mata. hahaha |
Second, 2 minggu lepas buat met up dengan aidil selepas dua bulan tak berjumpa. Ye itupun macam nikmat. Nikmat rindu yang berbakul bakul. Ahhh cerita pasal rindu dengan aidil mana pernah habis. Tengah jumpa pun masih rindu lagi. Apa ini penyakit? Haha By the way, terima kasih sayang sebab penuhi permintaan kita ;)
Gambar banyak kat Aidil. So aku letak gambar gedik ni. Comel kan. Hahaa by momentcam |
Third, dari Nokia user dah beralih arah ke Blackberry user dan sekarang aku telah beralih terus ke Iphone. Hahahaha. This is my wishlist dan aku dah dapat. Alhamdulillah. Ini rezeki. Aku kumpul duit aku sabar. Aku dapat. Aku guna iphone 5C white. Aku cari yang latest dan murah dan kualiti dan bagus. Hahaha. Aku harap aku dah tak tukar handphone lagi rabak lah gitu. Sebab nak pilih gadget jangka hayat panjang. Aku pilih Iphone. Aku banned blackberry mulai sekarang. Tapi aku rasa blackberry Z10 power juga. Haha. Ahh dasar manusia tak pernah cukup
Hai Ibaby. :* |
Fourth, Aku sedang mencari side income. Aku masih tercari cari lagi side income macam mana yang aku boleh join. Member ramai yang jual tudung and others about clothing. Tapi bila dah terlalu ramai kau kena jadi kuat. Kuat bersaing. Lepastu sekarang, ada side income through phone namanya 1whp. One world handphone. Kerjanya cuma tarik minat orang join under kita and promosikan kat sape sape. Lagi kuat kau promosikan lagi banyak lah fulus kau masuk. Macam gitu lah kaedahnya yang aku faham. Tapi sampai sekarang aku masih bercita cita buka satu restaurant. Diana's Famous. Cita cita tinggi kadang kadang tak salah. hihi.
Ni ha. Kalau aku dah join. Korang pun tolong join. Mohon beri kerjasama. Haha |
Last but not least. Report oi report! Aku dah buat separuh. Tapi aku tak tahu macam mana nak teruskan. Senang kata aku tak tahu apa aku buat tu betul ke tak. Advisor aku relax je. Advisor relax macam ni sesuai lah kalau markah aku pun dia bagi relax relax je. Hahaha. Dengan present lagi. Aku tak dapat bayangan lagi. Ada yang kata present ramai ramai. Ada yang kata tidak. Takpelah tunggu dan lihat. Oh ye, pasal sambung degree aku dah dapat offer UNIKL Mitec. Industrial logistic. Aku tak buat keputusan lagi. Tapi aku nak keluar johor. -.- Memang Johor Blood nak buat cano. Hahaha.
kulit aku tak flawless. Aku akui. Tapi mata tu aku tak tipu. Memang gitu. Mohon semua faham. |
Okay dah. Aku tak sangka aku boleh taip macam ni punya laju. Tak sampai berapa jam pun. Hahaha.
Aku nak main hujan. bye. Sayonara
Salam sayang dua kati,
Diana Azlan.
ps: Kadanng keprihatinan seseorang itu tak boleh dinilai dari segi luarang individu. Dalam hati siapa yang tahu. Khas buat MH370. Pulanglah kau berikan kami harapan. Kami setia menuggu.
No comments:
Post a Comment