Heart-ers ✿

Saturday, December 15

How great my Semester 3.

Photobucket
Semester 1 : Sini
Semester 2 : Sana

Sedar tak sedar aku dah habis sem 3. Sedar tak sedar aku dah nak naik sem 4 dah. Sedar tak sedar, aku dah jatuh cinta dengan Logistik yang pada mulanya aku memang blackout habis apebenda la logistik tu. Macam korang semua, tak tahu kan apa itu logistik? Ye, samalah dengan aku masa sem 1 dulu. 
Tapi, dengan berkat doa mama ayah, aku buang semua perasaan benci, buang semua perasaan tak nak ambil tahu. Aku buka hati, aku bersihkan fikiran dengan segala negatif. Sekarang, aku dah dapat faham, dah dapat bayangkan how a Logistician work. :)

Tak semudah tu kawan. Tak semudah tu nak belajar nak hayati apa yang kita tak minat. Benda tu kita kena pupuk. Kalau bukan kita sendiri yang pupuk minat tu siapa lagi? Lecturer dah berbuih mulut cerita pasal benda yang sama. Logistik itu, ini. Tapi bukan masuk otak pun. Kawan kawan semua pula masing masing cerita nanti dah habis diploma nak kerja kat port situ, port sini. Nak sambung study kat Universiti itu. Universiti ini. Tapi, satu pun tak lekat kat hati. Kadang kadang buat aku rasa sedih. Sampai bila nak jadi macam ini? Sampai bila aku seksa diri belajar benda yang kita rasa pahit? 

Jadi, benda benda ni semua bergantung atas diri kita. Perasaan tak minat itu kan datang dari diri kita. Adalah menjadi tanggungjawab untuk kita hapuskan perasaan tak minat tu berubah kepada minat. Ini untuk kebaikan. Masa mula-mula masuk. Aku cuma pegang satu je dalam hati. Aku pergi ke Kolej Professional Mara ni sebab aku nak berjaya. Aku percaya dengar cakap mak akan tercipta satu keberkatan dari Allah. Dan Allah berfirman bahawa : 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." 

[ Surah. Al Baqarah : 216 ]
Alhamdulillah, aku dah faham dengan semua makna hikmah di sebalik sesuatu. Aku dah rasa. Hihhi. 

Masa semester 1, aku blurr je. Aku baca buku, aku belajar semua based on apa yang aku rasa masuk exam. Semester 2 pula subjek subjek yang ada tak banyak pasal theory logistik. So, aku tak pening pening sangat nak push myself. Dan semester 3 pulakkk, all subject are about the real what is logistic. Lagi mendalam. Sikit demi sikit aku dah berjaya tanam rasa cinta untuk course aku . Hihhi. Tak tahu semester 4 nanti macam mana. InsyaAllah, dengan izinNya aku boleh lebih faham.

Sejujurnya aku takut dengan result semester 3 ni. Untuk first paper, second paper aku adalah semangat juang. Masuk ketiga, keempat kelima tu. Jauh terbang semangat aku. Takpe, aku tetap nak bersangka baik dengan Allah. Apapun keputusan, aku kena redha. Redha je okay. Terima salah sendiri. Sendiri buat , sendiri tanggung ;)

Nak cerita pasal Kawan. Perasaan. Hati. Air mata. Ketawa. Banyak sangat berlaku. Benda ni semua penambah perisa, racun penawar untuk aku tempuhi semester tiga ini. Kalau tak ada semua sahabat sahabat aku kat kolej ni, aku tak mungkin berjaya sampai semester 3 ni. Tak mungkin aku boleh bertahan dekat Kolej Profesional Mara. Terima kasih kawan-kawan. Dian sayang semua. Uhibbukum fillahita'ala.

Sekian. Terimalah selingan gambar-gambar kenangan dengan sahabat :)


My besties , Biella Dayana.
Terima kasih awak   
My classmates DLM 3C  
My inspire Firework team  
My Superior Roommates  
Raya with my Mentor. Madam Siti. The middle one  
With all green girls. My DLM 3 girls  
Semangat sorak Kuasa Hijau 

Kelas malam :)
*usaha nak amik shot bubble cantik tak dapat. haha

Bomba Time. Smoke house moment  * kat belah kanan belakang tu.

With this accident replica. Eh apa nama dia? haha
Sweet moment ever. BBQ with my girls ! ❤ 
We are going PTP trip !  

Semua DLM 3 yang terlibat dalam trip PTP. *tak semua actually




Wednesday, July 4

Great Ho Ho Ho Ho Holiday !

Photobucket
Maaf, lama nya tak update, Okay ni nak update ni.

Hai semua, tak sangka betul pejam celik pejam celik. Dah habis dah sebulan lebih aku cuti sem kali ni. Harini aku dah nak balik. Esok pulak aku dah daftar untuk Semester 3. Fuyoohh, dah semester 3. Cepat betul ye. Cakap pasal sem 3. Result semester 2 aku sangat kelakar sebab sebijik 2 bijik 3 bijik dengan result semester 1 dulu. Hahha. Aku bersyukur sangat.

Nak cerita pasal cuti cuti aku ni. Aku rasa cuti aku sepanjang sebulan 2 minggu ni. Sangat lah bermakna dan seronok. This is what we called Hohohoholiday ! haha Aku boleh di katakan setiap minggu keluar buang duit. Nasib baik ramai kawan yang memahami. Hahaha. Kadang2 keluar sebab dah lama tak jumpa kawan2. Terasa retiss pula bila orang ni nak jumpa. orang ni ajak keluar. haha *riak* muahaha. Aku sebenarnya, kalau dah lama tak menaip Otak jadi blank. Walau apa pun. Disebabkan aku tak tahu nak tulis apa lagi. Tak tahu nak gambarkan seronoknya aku masa cuti ni macam mana. Marilah kita tengok gambar dan gambar dan gambar :D

Si Cenit ni lah yang buat cuti saya bahagia sangat .
Saya akan rindu awak cenit. Kakak syg adik ;')

Ini Ali. Aku nak ucap terima kasih banyak2 kat Ali ni
sebab dia sanggup datang T6 amik aku. Terima kasih ye Ali.
Selalu keluar dengan dia ni lah. Budak tak reti penat membebel -..-''

Ini IC lama. Aku pergi buat IC baru.
Hmm. muka buruk gila. Aku lebih sayang IC lama ni :(

Nazira Ali Aku. Kitorang kalau keluar tak pernah tak semput kalau ketawa.:DD

Ini masa GetUp Kluang Yang JOHO datang. Buat gempak tu. huhu
Ini ada Nabilla Fattin aka Senah Glamour.
Dia dari Moscow, Rusia taw. Turun kluang semata2 nk jumpa kami.
hihihi. 

Ini lah bestfriend saya dari Sabah. Tak2 dia study kat Sabah. hihi
Tahun ini adalah tahun ke10 kami menjalinkan persahabatan.
Saya sayang dia :*

Ini saya. Saya dah sem 3. Bai.

Rasa berat hati sangat nak tinggalkan Kluang. Sebab lepasni aku akan jarang jarang balik Kluang. Kalau balik pun tak de lah nak jumpa dioranng2 lagi. Yang paling sedih adalah. Nak berpisah dengan Si cenit. Hmm :'( Aku kalau main2 dengan dia nanti aku boleh menangis tau.. Dia tu macam faham je. Kadang2 aku wonder jugak. Dia tu kucing ke manusia. Hmm. Tak apelah. Sedih je. Tapi perasaan tak sabar nak jumpa member kat kolej pun bada juga. Hmm

Baik lah rakan2 Saya undur diri. Ada umur yang panjang kita ketemu lagi. hihi

Awak apa khabar? Saya dah lama tak dengar cerita awak. Awak jangan risau, saya dah move on.
Saya masih lagi dalam usaha nak lupakan semua. Saya harap awak macam tu. 
Awak doakan kejayaan saya ye. Saya rindu awak. 
Saya tak boleh tipu perasaan saya.
bai awak.

Monday, June 11

My New Baby :)

Photobucket

 Hai semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ^^,

Aku masih lagi bercuti dan menikmati hari hari cuti dengan indahhhhhhh sekali. Hihihi. By the way, aku minta maaf sebab memang dah jarang jarang. update blog. Bukan apa, aku tengah gian main game. The Sims. Even dah lama main pun. Perasaan ini tetap sama. hehe. Itulah cara aku mengisi masa lapang aku daripada mengingati orang yang tidak ingat kita. 

Okay, nak cerita pasal baby baru. Alhamdulillah dengan rezeki Allah yang tak daya aku menolaknya. Humm, apa? Fikir apa? Dapat baby kucing lah. haha. Aku bela anak angkat kucing ni ha. Sebab aku dah rindu sangat nak main kucing. Dekat kolej tu, kucing busuk ke tak busuk ke, aku lenjan je. Ntah pape. So, aku teringin nak tambah pahala. Nak jadi macam Abi Hurairah yang jaga makan minum kucing. Seekor pun jadilah. 

Oleh kerana kat kolej, makan sendiri pun cukup cukup je. Nak membela haiwan tu sangatlah tidak menggalakkan. Jadi, aku cuti ni. Aku rasa macam nak sambung je impian aku nak bela kucing. Dah lama sangat tak ada kucing kat rumah. Dalam 5-6 tahun jugak lah. Sunyi rumah ni. Takde seri. hahaha.

Nak di jadikan cerita yang sepatutnya aku nak cerita.Aku utarakan hajat aku kat ayah. Namun, Ayah sangat sangat lah tidak bagi kalau sesiapa penghuni rumah ni nak bela kucing ke hape. Haiwan lain takpe. Sebab dulu ada kucing. Tapi bila kucing tu iyaaaak rata-rata. Ayah yang bersihkan. Lepastu ayah tak sanggup nak menangis atas pemergian kucing tersayang. Kalau kucing mati, satu rumah tak lalu makan. Sedih :'( Ayah dah serik.  

Jadi aku pun merayu punya merayu, siap minta tolong orang tengah plus orang dalam iaitu Mama :D Dan ayah pun putuskan bahawasanya aku boleh nak bela kucing TETAPI ! ada tetapi nya tu. Aku perlulah bertanggungjawab penuh atas kucing tersebut dalam masa sebulan. Iaitu dalam tempoh masa aku cuti ni. So, takkan lah nak bela sebulan then buang kan? Kan kejam namanya tu. 

Aku fikir punya fikir. Aku nak pinjam kucing jiran aku. Dia ada banyak kucing cantik cantik. Kalau aku pinjam, mesti dia tak marah kan. hihi. Aku mintak lah tolong mama mintakkan kat jiran aku. Cik Yati nama dia. Anak dia Haikal. Muka macam Iman. Haha *tak perlu cerita kot* Cik Yati memang ternyata sangat baik. Dia bagi lah seekor. Yeayyyyyyyyyyy !  XD


Okay, nama dia CIGENIT. Ouh, bukan aku yang letak nama tu. Cik yati, tuan diaaa yang bagi. Haha. Kalau aku nak bagi nama kucin. Tak pun panggil meow je. Kan lebih dekat dengan jiwa kucing. Tak gitu? haha. Dia sangat comel. Warna kelabu pelbagai tone, Bersisik, eh tak berbulu. haha. Betina dan sangat manja dan aktif. And and dia ni kaki pendek. Gemok. Hahaha macam aku, kalau aku kucing aku mesti comel. BHAHAHAHA. Jadi orang pun comel apa? haha. dah diam. Sambung.  Mula mula, macam malu malu kucing lah jugak. Lepastu dia dah okay, asyik nak ikut orang je kejenye. hehe. Comel kan? hehe. Dia betina, tapi dia nakal. Hehe.

By the way, aku jaga cigenit macam orang. Cuma beza dia tak pandai bercakap. Itu je. Kalau lah boleh bercakap. Jadi lah teman aku kat rumah yang berseorangan ni. Hehe. Okay, nampaknya sampai disini sahaja. Dia nak main je. Ni ajak aku main cak cak bah dengan dia. HEHE. Boleh kurus aku layan kucing.

wassalam semua pecinta kucing yang tak cinta dan biasa biasa pun wassalam jugak . hihi




Sunday, April 1

MAKA and netball.

Photobucket

Hai everibadehh ! Sihat tak ? okay bagus. ;)

Nak cerita tentang MAKA. What the hell of MAKA stands for? haha. it is Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik. Alaaa, macam hari anugerah sekolah dulu-dulu tu ha kan.

Bersyukur ke hadrat Ilahi, aku dapat anugerah kursus terbaik untuk Subjek IT. Aku tak tahu pun aku dapat mula-mula. Yelah, pointer berapa je kot. Bila esoknya ada MAKA ni, baru lah aku tahu. Masa perasaannya macam Eh, Eh Eh. yek yek je lah budak ni. Salah orang kot. Seriusssss memang tak percaya. IT kot, budak lelaki kan lagi teror dan superb. Dah raptai, dah tengok nama kat list pencalonan. Then, on that day, dah naik pentas, dah pegang plaque tu baru lah rasa. Ouh, memang aku dapat. Bukan tipu-tipu lagi. hihi

Aku takut sebenarnya nak update pasal ni. Nanti ada mulut-mulut sumbang cakap aku ni menunjuk, bangga diri bagai apa-apa lah. Humm, tapi aku nak jugak tulis kat blog ni sebab aku rasa blog aku patut tahu. Aku kan tuan dia. Aku nak bagitahu pasal kemajuan kat sini. hehe. Share with u olls jugak. hihi. 

Anyway, aku dah lama tak naik pentas ambil anugerah. Last masa form berapa entah -.-'' Menengah rendah lah yang pasti. haha. Kesian. 

Alhamdulillah :)
Lagi sekali nak tayang. hihi
okay dah simpan.
Ini Ustaz Apan. haha
Tak lah ustaz sangat. tapi sebab dia dapat
best course Penghayatan islam. tu lah pasal. haha :D
Ini kawan2 dari course Account.
Diorang hebat2 belaka. sebelah kiri tengah2 aku dapat anugerah emas
4 Flat beb ! congrats ekin.
Course-mate yang dapat jugak.
Congrats to Anum and Nazira too :)
This is my sit ^^,
 Lepasni, aku nak dapat lagi. Tapi aku harap aku tak nak lah belajar and dapat pointer yang bagus-bagus just untuk dapat anugerah je. Tak elok bukan. Dapat ke tak tu just berserah je. Yang penting belajar dan praktik kan. Ehem, macam motivator kan. lalalala~ 


Bukan setakat tu aje. Ada lagi. Pagi tu ambik anugerah. Petang ada pertanding netball antara kelas untuk seluruh sem :) Account and Logistic. Dari sem 1 sampai sem 5.


Tak sangka kawan2 aku ni pandai main bola jaring. korang memang terer. huhu
Ini kelas bella. diorang nak pergi berentap.
kitorang bagi sokongan dari belakang :DDD

Ini kelas aku  VS kelas bella
DLM 2C VS DLM 2B
Kitorang tak heran pun menang kalah. Main ni pun sekadar nak support game yang diorang anjurkan oleh kelab netball kolej tu. huhu. Memang enjoy kot.

Lepasni, aku nak dapat lagi. Tapi aku harap aku tak nak lah belajar and dapat pointer yang bagus-bagus just untuk dapat anugerah je. Tak elok bukan. Dapat ke tak tu just berserah je. Yang penting belajar dan praktik kan. Ehem, macam motivator kan. lalalala~ 

Im okay ;')

Sunday, March 25

Happy Birthday : Nur Nabilah Dayana my Lovely buddy

Photobucket
 
HAPPY BIRTHDAY BEL BEL ! 
Hai awak. Ye awak yang nama Nur Nabilah Dayana tu. hehe. Selamat hari jadi yang ke 19. Saya doakan awak sentiasa dimurahkan rezeki dan di kelilingi dengan orang2 tersayang. Ye termasuk saya. hehe. Saya harap kita ni yang dulu Ex-student STK akan jadi pemegang sijil Diploma Logistic yang berjaya satu hari kelak! Kita boleh. Sep sikit tangan. hihi. Eh, saya serius ni. Jangan ketawa. Senyum pun jangan. Serius. okay, bagus. :D

Awak, dulu kita pernah satu dorm. Walaupun, kita tak berapa rapat dulu. Tapi dapat jadi budak satu sekolah dengan awak dekat KPM ni pun dah buat saya bahagia. Hehe. dan sekarang awak lah kakak, mak, dan juga nenek saya. hehe. Sebab awak ni kadang2 kuat membebel. Nama awak pun bel bel. :D haha. Tak tak saya gurau je. Jangan curi seluar dalam saya. tiba tiba -.-''

Bella, terima kasih sebab sudi jadi kawan baik saya. Saya takkan lupa apa yang awak pernah buat utk saya. Dulu, masa kita sama2 kerja kat Gintell, kerja kat parkson. Sama2 dengan paten, dengan ain Azue sekali. Best kan? Lepastu, masa saya demam kat rumah sewa flat tu. Saya demam panas. Saya rasa tu demam paling teruk dan paling panas kot. Awak yang tolong bangun pagi2 buta ambik kain basah letak kat kepala saya. Saya tak boleh bangun langsung. Masa tu saya cuma ingat mama saya je. Tapi mama takde, awak yang gantikan mama saya. Saya terharu sangat. Terima kasih awak.

sweet <3
Awak dengan awak punya gemok.

Dan juga jadi motivator saat saya frust dengan dia. Terima kasih lagi sekali awak.

Okaylah, dah la saya pinjam broadband awak. Haha. by the way, Malam birthday awak tu saya dan budak2 ni memang komplot tak nak wish birthday awak sebab nak buat surprise masa seminar nanti. Tak sangka pulak awak nangis sebab takde orang nak wish. Hehe. kalau saya pun saya sedih. Serba salah saya di buatnya. Tapi lakonan saya hebatkan? Tertipu awak. hahaha. padan muka.

Okay2, akhir kata. Selamat hari lahir yang ke 19. Saya sayang awak. Sayang sangat2 sebagai kawan saya yang paling baik ;) Saaaaaaaaaaaaaaaaaaayaaaaaaaaaaaanggggg awaaakkk. Mmmuahh sikit ;*

Saya dgn nabilah ni memang cakap awak-saya. Tak boleh ubah dah :D haha.
Kesian dia. Malam nya tu, dia kena simbah dengan air sabun + nasi basi+sup ayam+sambal. Hamek kau!


Wednesday, March 21

Happy Birthday : Fatin Noorhiqmah sahabat akhir hayat ;)

Photobucket
To my dearest friend,

Happy Birthday! hehe. dah 19 tahun dah kau. Tak tahu nak wish apa. Sebab semua wish dah bagi tahun2 lepas kan. hehe. Tapi takpe, aku wish lagi. Fatin, aku doakan kau sentiasa di berkati Allah. Semoga STPM kau akan berjaya dengan cemerlang sekali. Kau boleh! Kau pengawas yang garang jadi kau mesti boleh! Hahaha. Aku sayang kau taw. Even kadang2 annoying. haha. Tak tak. gurau2. 

Fatin, terima kasih sebab jadi kawan baik aku ;) Kita ada banyak persamaan. Kita kan suka karoke sama2. hehe. Aku pun takkan lupa kenangan kita kerja kat Gintell, kat Parkson, hantu gigi hantu galah. Ahhh macam2 la. Iman, John, Pungot, HAHA bla bla. dan orang2 yang agak menganggu hidup kita. Hehe. By the way, you hold the most important things about me. And thanks a lot friend ;)

Oleh, sebab kau kata aku tak ingat birthday kau. Aku nak terus terang sebenarnya. Aku ingat lah. Aku ingat sangat. Tapi bila dah nak dekat. Tarikh tu aku ingat jauh lagi. Rupanya dah 21 hb dah. Jadi, konklusinya aku bukan tak ingat. Cuma tak perasan dah 21 hb. Itu jeee. Tahun lepas pun samaaaaaaaaaaaa. Alaa, tak baik tau touching2 dengan aku. hehe. Senyum sikit. Oke dah sikit je. ;)

Aku rindu kau. Aku rindu nak nangis sama2. Rindu nak buli kau. Hari tu memang baru jumpa. api kepala aku kusut sangat sebenarnya. Jiwa pula tak menentu. humm. skema kan ayat? haha. Tapi zaman yang paling aku tak boleh zaman lepas SPM :) Rinduuuu gilaaa. Alamak, aku nak tulis panjang2. tapi tak sempat. Nanti aku tulis panjang2 lagi okay. Love you. 
Kad elektronik baru dari aku.
hihi

Sunday, March 11

Split Girls Personalities.


Photobucket

Dah mandi? Belum? okey kita sama. hehe. Hari ni aku teringin nak bebel panjang panjang. Humm, panjang tak panjang sangat la. Tengok je lah nanti.

Berdasarkan pada tajuk. SPLIT GIRLS IDENTITY. Perubahan Personaliti perempuan. haha. siap terjemahan sekali aku bagi. Dah dah. aku kena straight forward. untuk mengelakkan sebarang unsur salah tajuk. hi hi
Aku tak rasa lah perempuan je kot . Tapi mengikut pengalaman dan pengamatan aku. Almost girls lah yang banyak sangat personaliti ni. Diorang ni bukan hipokrit or bertalam talam atau apa pun tau.Tapi diorang ni berubah mengikut keadaan. Okay, but not for all girls. CERTAIN.

First, bila dengan family. Aku selalu nya tak akan banyak cakap. Aku banyak diam dan buat hal sendiri je. Tak tahu kenapa. Maybe sebab aku anak bongsu. Eh? ada kaitan? haha. Tak tak, sebab aku dalam family memang selalu buat hal sendiri. Mungkin ini memang perangai aku. Mama pun cakap aku ni pelik sikit. Dalam family kan, kadang2 memang susah aku nak bercakap, bercerita ke hape ke. Tak puas hati pun aku pendam je. Aku jenis protes. Mulut tak bising tapi tingkah laku je lebih. Ayah tanya sepatah, aku jawab sepatah. Tanya lagi sepatah terus dah takde patah -.-'  . Aku kadang2 banyak cakap jugak. Lagi lagi bila aku tengah excited. Aku akan ceritaaaaaa je kat mama tanpa henti. Sejak2 dah menginjak usia. Aku punya panas baran dah kurang sikit. Tapi aku tahu aku anak yang baik. hehe. 


Second, dengan kawan-kawan. Well, dah yang baca blog ni pun memang kawan2 kan. hehe Berbanding dgn family and friends. Aku teruuuuussss je berubah. Terus jadi bising, banyak cakap tak henti, gelak kuat kuat, cerita merapu, apa apa lah and i free to be myself bila dgn kawan2. Hilang stress. Sometimes, aku rasa aku tak kenal siapa diri aku kalau takde kawan2. Aku boleh jadi diri aku sendiri bila dgn kawan2. Segala permasalahan aku, memang aku cerita dekat kawan.

Then, with love one ;) aku macam biasa je. Macam dgn kawan2 je la. Tapi yang aku rasa lain, aku lebih sensitive. Manja tu memang. Maybe sangat kot. haha. Yelaaah, dgn sape lagi kalau tak ehem ehem sendiri. Aku dengan member aku akan tunjuk aku ni kuat. Tapi dgn dia tak. Aku bukan mengada nagada tak nak jadi kuat. Tapi selalunya bila aku jadikan dia punca kekuatan aku, dia jugak jadi punca kelemahan aku. Haihh. bunga bunga ayat awak ye diana. pening saya

Bila aku kat sekolah/kolej. Sama je bila aku dgn kawan2. Sebab dekat sekolah aku jumpa kawan2 aku. Tapi dalam kelas, aku senyap. Aku kacau orang bila aku bosan. Tapi mostly aku senyap lah sebab aku mengantuk. Weh weh, dah sem 2 ni, aku dah tak mngantuk. Hebat weh! *clap clap clap ok terima kasih atas tepukan hambar itu. -.-''

When im alone? hurm.. bila aku sorang2 aku selalu hidup dalam khayalan je memanjang. ahh malas lah cakap. malu plak. haha. okay dah. Tapi, bila orang yang tak kenal aku, for sure diorang akan cakap aku ni seorang pendiam dan pemalu. Bila dah kenal! haha. kau tau tau lah sendiri :) hik hik

source : we heart it
Annnndddd girls? how bout you? are we same side? ehehe. By the way, just be yourself. Split personality is normal. Not being hypocrites. 
There has a lot diff between just split and hypocrite. Happy with yourself and dont try to be others

bui bui you all :)