Heart-ers ✿

Friday, January 17

After a week.

Assalammualaikum.

Hai. Dah seminggu dah aku jadi budak practical. But kat company tu panggil trainee. So, everything is going okay. Dapat department customer service and logistic. Office paling busy kot bagi aku. Lepastu, supervisor aku Kak Bavani. Busy je memanjanggggggg. Dah 20 tahun dia keje situ tapi kerja dia tak siap siap. haha.

Untuk hari pertama, aku kena buat filing. Hari kedua dan seterusnya. haha. Bosan okay. Tapi nak buat macam mana. Dari takde kerja lagi bosan. so dapat kerja macam tu pun okay la. Nak buat repost macam mana? Itu pandai aku setel tepi dengan super aku. So far, kak bavani ni baik. Tapi belum sampai tahap belnja makan. Baik lah sebagai melayan orang baru macam aku.

Hari ketiga je aku dah takde semangat sebenarnya, sebab aku tak sanggup tengok ke-busy-an kat sana. hahaha. Lol. Memandangkan jumaat aku cuti, aku kerja 4 hari je.

Rutin harian sebagai orang dah bekerja. eceh. Bangun pukul 6, siap siap semua. Keluar rumah dalam pukul 7. Drive hadap jammed apa semua. 7.25 tunggu bella kejap sebelum sampai office. Bella tumpang separuh jalan pergi, separuh jalan balik. Haha. sebab rumah dia utara, aku selatan. Office kat timur. semua jauh2.
7. 40 sampai office. pukul 8.30 start lah buat kerja. Tapi selalunya pagi2 macam ni. Aku memang mengantuk gila. Asyik tengok jam je nak rehat. 12.30 tghari aku rehat sampai pukul 1 setengah. First day, aku makan kat cafe dia. Tapi, sbb kitorang malas dah nak pergi cafe. Hari kedua dan ketiga bawak bekal. Hari keempat makan mcD. hahaha. Masuk rehat pukul 1 stgah sambung buat kerja. Lepas rehat dah makan, baru lincah sikit buat kerja. Dalam pukul 3 macam tu pergi solat kejap kat surau dia. Lepastu sambung buat kerja sampai pukul 5. Tapi sebab kat situ staff2 dia semua balik lambat sebab banyak kerja. Aku dengan bella segan nak balik awal sangat. So, kitorang balik pukul 5.30. haha. Hantar balik depan Kluang Mall. Mak dia amik. Sampai rumah paling lewat pun pukul 6.15.
Bella, practical-mate kita. hihiks

Haaa. macam tulah 4 hari aku bekerja. fuhhh.

Dah paling sibuk dah ni. -.-

Duit aku tak banyak keluar maybe sebab duduk rumah dengan family kan. Lagi lagi kalau aku bawak bekal, sikit pun tak keluar duit. Seronok. hihi. Tengah kumpul duit nak beli hp baru, hihi.

Okay lah bye.

Sunday, January 12

Suram

Assalammualaikum.

13hb Januari, Isnin - Esok aku akan jalani latihan industri buat kali pertamanya dalam hidup aku. Selalunya orang akan takut bila nk tempuh  sesuatu 'yang pertama' kan? Padahal latihan industri macam kerja. dan aku pun pernah bekerja. Malangnya, aku tak suka bekerja. hmm.

Harini ahad. Kat group whatsapp family. Kak dibah sepupu aku bagitahu cik com dah nazak. Ya Allah, aku terkedu sangat. Sebulan lepas aku lawat dia. Dia dekat rumah, aku tengok dia memang tenat. Sedih. Bila cakap dia dah nazak harini. Aku terus mengalir air mata. Aku dah terbayang wajah dia. Semua orang datang melawat. Sedara mara dari jauh semua datang berkumpul. Aku je tak mampu. Esok first day aku lapor diri. 

Dulu, masa arwah pak lang aku meninggal. Aku tak dapat tengok juga. Sebab aku kecik lagi, aku tak boleh masuk. Tahu tahu je semua orang nangis dan mak lang aku pengsan banyak kali. Aku tak faham semua tu. Tapi sekarang, ada lagi yang menghalang. Aku cuma dapat doakan cik com dari jauh. Cik com kakak mama aku. Dia baik sangat, tapi kisah hidup cik com perit. Allah Maha Kuasa. DIA lagi tahu apa yang terjadi semua ni. 

Harini aku rasa suram.

p/s: Cik com dah meninggal malam tu masa azan isyak. Al-Fatihah ;'(

Monday, January 6

Special entry : Norshafinaz Abdul Sani.

Assalammualaikum.

Entry pembuka 2014. Selamat tahun baru semua. Muka kasi senyum sikit baru ada manis mari. :)

Entry ini khas untuk kawan baik aku, Norshafinaz Abdul Sani. Terimalah. Eceh, macam nak nyanyi pehal. 
Sebelum tu. Selamat Hari Lahir Kawan Baik yang ke 22. Hari lahir 01/01/2014 sesuai dengan entry pembuka 2014 aku. Masih tak terlambat bukan.

Kawan baik aku yang aku bawak dia sama-sama dalam hidup aku selama 12 tahun ni dah besar dah berjaya. Dah cantik dah sekarang. Dulu masa mula mula kenal darjah 3 selekeh je tengok, naik basikal pakai gaun pastu garang bajet bajet. hahaha. Betul, tak sangka boleh jadi kawan baik sampai ke hari ni. Tergelak ingat cerita lama. Main tanah kat longkang. Zaman tu gadget paling canggih kitorang adalah kaset kosong dengan radio pastu record suara sendiri. Shafinaz ni dari dulu suka menyanyi. Aku ingat lagi, dulu ada orang panggil dia Ziana Zain. Aku tak ingat kenapa. Tapi bukan sebab suara. So, dia rakam lah suara dia then ajak aku nyanyi sama. Dia tak tahu ke level suara katak tu lagi tinggi dari suara aku. Dia pernah buat cover tanpa muka kat youtube. Bagi dengar suara je. haha. Tapi dia dah padam agaknya. Haha. 

Dari sekolah rendah bawak ke sekolah menengah. Jodoh kuat. Jumpa lagi sebab kitorang satu sekolah. Sekolah Tinggi Kluang. Tinggi katakau. haha. Tapi sekolah menengah aku duduk asrama dan dia tak. Dia suka cakap Mak aku tak suka aku duduk rumah sebab tu mak aku suruh duduk asrama. hahaha. Gurau kasar tau. Pastu dah sekolah menengah tu mulalah hormon masing2 dah naik, proses untuk mencapai kematangan. Kami ada kawan, kami ada cerita, kami ada benda baik, benda buruk semua nak share. Kat sekolah tu kalau kawan sebaya tak mampu nak tolong aku tahu aku ada kawan yang tak berapa nak sebaya ni. Dia sentiasa ada. 
The latest picture of us.
Dalam banyak2 kenangan, ada satu kenangan yang aku rasa memang paling lol sekali. Aku tak pasti kau ingat ke tak. Tapi takpe, aku ingatkan. Dulu rumah fifah banyak kucing kan. Pastu dia selalu balik kampung, kita selalu diberikan amanah untuk bg kucing makan. Tapi yang bongoknya, kita takde kunci nak masuk. So, kita decide panjat rumah fifah. Macam-macam gaya kita buat. Dah macam perompak waktu siang. Padahal nak buat kebaikan tu. Hahaha. lawak weh. Nak masuk satu hal cuak takut orang nampak kita panjat-panjat. Lepastu nak keluar pulak satu hal. Tak reti nak keluar macam mana. lawak. Haha.

Ada banyak lagi cerita lawak. Tapi nak cerita semua penat jugak. haha. Sebelum aku akhiri entry aku ini. Aku doakan kau sentiasa berjaya shafinaz. Aku juga doakan kau berjumpa dengan jodoh yang tepat. Yelah, umur macam kau dah boleh kahwin dah sebenarnya. Tak de istilah terlalu awal lagi untuk aku cakap pasal jodoh. kan? Hahaha. Semoga semua perkara yang pahit perit dan segala itu, boleh jadikan kita lagi matang. Tak sabar aku nak cerita pasal friendship kita masa kecik2 kat anak2. hahaha. Okay lah. Sayang kau kawan. Bye. 

Happy Birthday my lovely friend. Sanah Helwah. 

Sahabat baik adalah sahabat yang selalu ada di hati dan diingati. :)