Heart-ers ✿

Friday, January 17

After a week.

Assalammualaikum.

Hai. Dah seminggu dah aku jadi budak practical. But kat company tu panggil trainee. So, everything is going okay. Dapat department customer service and logistic. Office paling busy kot bagi aku. Lepastu, supervisor aku Kak Bavani. Busy je memanjanggggggg. Dah 20 tahun dia keje situ tapi kerja dia tak siap siap. haha.

Untuk hari pertama, aku kena buat filing. Hari kedua dan seterusnya. haha. Bosan okay. Tapi nak buat macam mana. Dari takde kerja lagi bosan. so dapat kerja macam tu pun okay la. Nak buat repost macam mana? Itu pandai aku setel tepi dengan super aku. So far, kak bavani ni baik. Tapi belum sampai tahap belnja makan. Baik lah sebagai melayan orang baru macam aku.

Hari ketiga je aku dah takde semangat sebenarnya, sebab aku tak sanggup tengok ke-busy-an kat sana. hahaha. Lol. Memandangkan jumaat aku cuti, aku kerja 4 hari je.

Rutin harian sebagai orang dah bekerja. eceh. Bangun pukul 6, siap siap semua. Keluar rumah dalam pukul 7. Drive hadap jammed apa semua. 7.25 tunggu bella kejap sebelum sampai office. Bella tumpang separuh jalan pergi, separuh jalan balik. Haha. sebab rumah dia utara, aku selatan. Office kat timur. semua jauh2.
7. 40 sampai office. pukul 8.30 start lah buat kerja. Tapi selalunya pagi2 macam ni. Aku memang mengantuk gila. Asyik tengok jam je nak rehat. 12.30 tghari aku rehat sampai pukul 1 setengah. First day, aku makan kat cafe dia. Tapi, sbb kitorang malas dah nak pergi cafe. Hari kedua dan ketiga bawak bekal. Hari keempat makan mcD. hahaha. Masuk rehat pukul 1 stgah sambung buat kerja. Lepas rehat dah makan, baru lincah sikit buat kerja. Dalam pukul 3 macam tu pergi solat kejap kat surau dia. Lepastu sambung buat kerja sampai pukul 5. Tapi sebab kat situ staff2 dia semua balik lambat sebab banyak kerja. Aku dengan bella segan nak balik awal sangat. So, kitorang balik pukul 5.30. haha. Hantar balik depan Kluang Mall. Mak dia amik. Sampai rumah paling lewat pun pukul 6.15.
Bella, practical-mate kita. hihiks

Haaa. macam tulah 4 hari aku bekerja. fuhhh.

Dah paling sibuk dah ni. -.-

Duit aku tak banyak keluar maybe sebab duduk rumah dengan family kan. Lagi lagi kalau aku bawak bekal, sikit pun tak keluar duit. Seronok. hihi. Tengah kumpul duit nak beli hp baru, hihi.

Okay lah bye.

2 comments:

♥HANA ZAINAL♥ said...

fuyooo orang berkerjaya !

dianazlan ♥ said...

haha. Belum lagi hana