Heart-ers ✿

Monday, February 17

Pemalukah aku?



Situasi di rumah kawan punya kawan punya kawan.
Member : Dian, kenapa senyap je ni ?
Aku: Seganlah. Aku mana kenal sangat dengan kawan kau.
Member: Kau reti segan? Macam tak percaya je. Haha
Aku : Hahahahahahhmmmm  -_______________-

Brrrrrrr sangat. Aku rasa macam. . apa aku tak layakkah berperasaan sedemikian. Apa memang aku ni jenis tak reti  malu ke macam mana. Oleh itu, aku pulang ke rumah dan study pasal diri sendiri.

Berdasarkan pemerhatian aku terhadap pembawakan diri aku di tempat orang, aku memang agak pemalu. Okay, highlight sikit. AGAK pemalu. Normal apa agak pemalu. Haha. Tahap pemalu aku moderate. Sederhana je. Dengan siapa aku bersama  memberi pengaruh besar dalam turun naik level pemalu yang ada dalam diri. Orang kata malu biar bertempat. Let say, dalam bas. Kalau kau nak buang air besar sangat2 dan terpaksa mintak bas berhenti kat mana mana petrol station untuk melepaskan hajat. Kau kena bagitahu jugakkan? Maybe some people will say. Kes macam ni malu dah belakang kira. Tapi ada jugak cakap malu kot nak cakap dengan driver bas suruh berhenti semata-mata nak bagi kau berak. Haha. So, malu biar betempat. Dari terburai baik kau buang. Kah kah! Kalau aku, selagi boleh tahan, aku tahan. Tapi kalau dah kritikal sangat, aku boleh melutut kat drebar bas suruh berhenti jugak. haha

Aku ambil masa nak rapat dengan orang yang aku baru kenal. Sebab dalam kepala aku macam macam impression akan timbul dengan menilai seseorang itu. Contohnya. Kalau mata dia jenis macam tu selalunya dia macam mana. Cara dia duduk, cara dia mengeluarkan ayat pertama masa tegur aku, cara dia bercerita, cara dia senyum ahhh macam macam. Aku belajar psikologi sikit-sikit. Tapi, psikologi itu theory. So, kalau nak kata aku pemalu at the first sight tu memang salah. Aku bukan pemalu, Cuma take time. Ramai kawan-kawan rapat cakap macam ni.

Kawan : Dulu aku kenal kau dian, pendiam je. Aku ingat kau ni jenis yang baik,sopan santun, skema dan serious orang nya. Namun hakikatnya, semua tu bertentangan.
Aku : Dont judge book by its cover.

Sejak dari peristiwa itu . Aku rasa aku ada split identity. Haha. Eleh, aku cakap je dont judge a book by its cover. Tapi aku nilai orang lain pun dengan appearance jugak. Hahaha. Cakap tak serupa bikin. Split identity ni memang rapat sangat dengan personality. So, korang boleh baca pasal ni kat enry aku sebelum ni. Girls personalities.

Dengan ini, aku menegaskan bahawa aku masih punya hormon pemalu dalam diri sebagai seorang perempuan dan juga manusia yang normal di muka bumi ini. Tahu tak kenapa kita ada rasa malu dalam diri? Sebab perasaan malu itu adalah fitrah bagi setiap manusia. Kalau takde sifat malu, mungkin separuh fitrah dia hilang. Hahaha. Yeah, ada orang yang terlalu pemalu sampai orang datang ruma dia nyorok dalam bilik. How could -.- Tetamu itu rezeki kot. Nak nyorok buat paaa.

Pemalu. meow.

Okaylah, sekian entry khas dari saya dibawa secara langsung dari komputer office. Ekekeke

Last but not least , as a muslim. Malu itu adalah sebahagian dari iman kita.

Boringkan entry tak ada gambar. Hmm nanti balik aku touch up. haha






3 comments:

hakiparkie.blogspot.com said...

Actly berani mana pn kita, sifat malu tu perlu ad dalam diri.Menjaga rasa malu, memandu jalan ke syurga.Diana pemalu cikebum cikebum.
;)

hakiparkie.blogspot.com said...
This comment has been removed by a blog administrator.
dianazlan ♥ said...

Ya betul dan tepat sekali wahai saudari nabila. Cik nabila meow meow. hehe