13hb Januari, Isnin - Esok aku akan jalani latihan industri buat kali pertamanya dalam hidup aku. Selalunya orang akan takut bila nk tempuh sesuatu 'yang pertama' kan? Padahal latihan industri macam kerja. dan aku pun pernah bekerja. Malangnya, aku tak suka bekerja. hmm.
Harini ahad. Kat group whatsapp family. Kak dibah sepupu aku bagitahu cik com dah nazak. Ya Allah, aku terkedu sangat. Sebulan lepas aku lawat dia. Dia dekat rumah, aku tengok dia memang tenat. Sedih. Bila cakap dia dah nazak harini. Aku terus mengalir air mata. Aku dah terbayang wajah dia. Semua orang datang melawat. Sedara mara dari jauh semua datang berkumpul. Aku je tak mampu. Esok first day aku lapor diri.
Dulu, masa arwah pak lang aku meninggal. Aku tak dapat tengok juga. Sebab aku kecik lagi, aku tak boleh masuk. Tahu tahu je semua orang nangis dan mak lang aku pengsan banyak kali. Aku tak faham semua tu. Tapi sekarang, ada lagi yang menghalang. Aku cuma dapat doakan cik com dari jauh. Cik com kakak mama aku. Dia baik sangat, tapi kisah hidup cik com perit. Allah Maha Kuasa. DIA lagi tahu apa yang terjadi semua ni.
Harini aku rasa suram.
p/s: Cik com dah meninggal malam tu masa azan isyak. Al-Fatihah ;'(
p/s: Cik com dah meninggal malam tu masa azan isyak. Al-Fatihah ;'(
No comments:
Post a Comment