Heart-ers ✿

Saturday, December 15

How great my Semester 3.

Photobucket
Semester 1 : Sini
Semester 2 : Sana

Sedar tak sedar aku dah habis sem 3. Sedar tak sedar aku dah nak naik sem 4 dah. Sedar tak sedar, aku dah jatuh cinta dengan Logistik yang pada mulanya aku memang blackout habis apebenda la logistik tu. Macam korang semua, tak tahu kan apa itu logistik? Ye, samalah dengan aku masa sem 1 dulu. 
Tapi, dengan berkat doa mama ayah, aku buang semua perasaan benci, buang semua perasaan tak nak ambil tahu. Aku buka hati, aku bersihkan fikiran dengan segala negatif. Sekarang, aku dah dapat faham, dah dapat bayangkan how a Logistician work. :)

Tak semudah tu kawan. Tak semudah tu nak belajar nak hayati apa yang kita tak minat. Benda tu kita kena pupuk. Kalau bukan kita sendiri yang pupuk minat tu siapa lagi? Lecturer dah berbuih mulut cerita pasal benda yang sama. Logistik itu, ini. Tapi bukan masuk otak pun. Kawan kawan semua pula masing masing cerita nanti dah habis diploma nak kerja kat port situ, port sini. Nak sambung study kat Universiti itu. Universiti ini. Tapi, satu pun tak lekat kat hati. Kadang kadang buat aku rasa sedih. Sampai bila nak jadi macam ini? Sampai bila aku seksa diri belajar benda yang kita rasa pahit? 

Jadi, benda benda ni semua bergantung atas diri kita. Perasaan tak minat itu kan datang dari diri kita. Adalah menjadi tanggungjawab untuk kita hapuskan perasaan tak minat tu berubah kepada minat. Ini untuk kebaikan. Masa mula-mula masuk. Aku cuma pegang satu je dalam hati. Aku pergi ke Kolej Professional Mara ni sebab aku nak berjaya. Aku percaya dengar cakap mak akan tercipta satu keberkatan dari Allah. Dan Allah berfirman bahawa : 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." 

[ Surah. Al Baqarah : 216 ]
Alhamdulillah, aku dah faham dengan semua makna hikmah di sebalik sesuatu. Aku dah rasa. Hihhi. 

Masa semester 1, aku blurr je. Aku baca buku, aku belajar semua based on apa yang aku rasa masuk exam. Semester 2 pula subjek subjek yang ada tak banyak pasal theory logistik. So, aku tak pening pening sangat nak push myself. Dan semester 3 pulakkk, all subject are about the real what is logistic. Lagi mendalam. Sikit demi sikit aku dah berjaya tanam rasa cinta untuk course aku . Hihhi. Tak tahu semester 4 nanti macam mana. InsyaAllah, dengan izinNya aku boleh lebih faham.

Sejujurnya aku takut dengan result semester 3 ni. Untuk first paper, second paper aku adalah semangat juang. Masuk ketiga, keempat kelima tu. Jauh terbang semangat aku. Takpe, aku tetap nak bersangka baik dengan Allah. Apapun keputusan, aku kena redha. Redha je okay. Terima salah sendiri. Sendiri buat , sendiri tanggung ;)

Nak cerita pasal Kawan. Perasaan. Hati. Air mata. Ketawa. Banyak sangat berlaku. Benda ni semua penambah perisa, racun penawar untuk aku tempuhi semester tiga ini. Kalau tak ada semua sahabat sahabat aku kat kolej ni, aku tak mungkin berjaya sampai semester 3 ni. Tak mungkin aku boleh bertahan dekat Kolej Profesional Mara. Terima kasih kawan-kawan. Dian sayang semua. Uhibbukum fillahita'ala.

Sekian. Terimalah selingan gambar-gambar kenangan dengan sahabat :)


My besties , Biella Dayana.
Terima kasih awak  ❤ 
My classmates DLM 3C ❤ 
My inspire Firework team ❤ 
My Superior Roommates ❤ 
Raya with my Mentor. Madam Siti. The middle one ❤ 
With all green girls. My DLM 3 girls ❤ 
Semangat sorak Kuasa Hijau ❤

Kelas malam :)
*usaha nak amik shot bubble cantik tak dapat. haha

Bomba Time. Smoke house moment ❤ * kat belah kanan belakang tu.

With this accident replica. Eh apa nama dia? haha
Sweet moment ever. BBQ with my girls ! ❤ 
We are going PTP trip ! ❤ 

Semua DLM 3 yang terlibat dalam trip PTP. *tak semua actually




Wednesday, July 4

Great Ho Ho Ho Ho Holiday !

Photobucket
Maaf, lama nya tak update, Okay ni nak update ni.

Hai semua, tak sangka betul pejam celik pejam celik. Dah habis dah sebulan lebih aku cuti sem kali ni. Harini aku dah nak balik. Esok pulak aku dah daftar untuk Semester 3. Fuyoohh, dah semester 3. Cepat betul ye. Cakap pasal sem 3. Result semester 2 aku sangat kelakar sebab sebijik 2 bijik 3 bijik dengan result semester 1 dulu. Hahha. Aku bersyukur sangat.

Nak cerita pasal cuti cuti aku ni. Aku rasa cuti aku sepanjang sebulan 2 minggu ni. Sangat lah bermakna dan seronok. This is what we called Hohohoholiday ! haha Aku boleh di katakan setiap minggu keluar buang duit. Nasib baik ramai kawan yang memahami. Hahaha. Kadang2 keluar sebab dah lama tak jumpa kawan2. Terasa retiss pula bila orang ni nak jumpa. orang ni ajak keluar. haha *riak* muahaha. Aku sebenarnya, kalau dah lama tak menaip Otak jadi blank. Walau apa pun. Disebabkan aku tak tahu nak tulis apa lagi. Tak tahu nak gambarkan seronoknya aku masa cuti ni macam mana. Marilah kita tengok gambar dan gambar dan gambar :D

Si Cenit ni lah yang buat cuti saya bahagia sangat .
Saya akan rindu awak cenit. Kakak syg adik ;')

Ini Ali. Aku nak ucap terima kasih banyak2 kat Ali ni
sebab dia sanggup datang T6 amik aku. Terima kasih ye Ali.
Selalu keluar dengan dia ni lah. Budak tak reti penat membebel -..-''

Ini IC lama. Aku pergi buat IC baru.
Hmm. muka buruk gila. Aku lebih sayang IC lama ni :(

Nazira Ali Aku. Kitorang kalau keluar tak pernah tak semput kalau ketawa.:DD

Ini masa GetUp Kluang Yang JOHO datang. Buat gempak tu. huhu
Ini ada Nabilla Fattin aka Senah Glamour.
Dia dari Moscow, Rusia taw. Turun kluang semata2 nk jumpa kami.
hihihi. 

Ini lah bestfriend saya dari Sabah. Tak2 dia study kat Sabah. hihi
Tahun ini adalah tahun ke10 kami menjalinkan persahabatan.
Saya sayang dia :*

Ini saya. Saya dah sem 3. Bai.

Rasa berat hati sangat nak tinggalkan Kluang. Sebab lepasni aku akan jarang jarang balik Kluang. Kalau balik pun tak de lah nak jumpa dioranng2 lagi. Yang paling sedih adalah. Nak berpisah dengan Si cenit. Hmm :'( Aku kalau main2 dengan dia nanti aku boleh menangis tau.. Dia tu macam faham je. Kadang2 aku wonder jugak. Dia tu kucing ke manusia. Hmm. Tak apelah. Sedih je. Tapi perasaan tak sabar nak jumpa member kat kolej pun bada juga. Hmm

Baik lah rakan2 Saya undur diri. Ada umur yang panjang kita ketemu lagi. hihi

Awak apa khabar? Saya dah lama tak dengar cerita awak. Awak jangan risau, saya dah move on.
Saya masih lagi dalam usaha nak lupakan semua. Saya harap awak macam tu. 
Awak doakan kejayaan saya ye. Saya rindu awak. 
Saya tak boleh tipu perasaan saya.
bai awak.

Monday, June 11

My New Baby :)

Photobucket

 Hai semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ^^,

Aku masih lagi bercuti dan menikmati hari hari cuti dengan indahhhhhhh sekali. Hihihi. By the way, aku minta maaf sebab memang dah jarang jarang. update blog. Bukan apa, aku tengah gian main game. The Sims. Even dah lama main pun. Perasaan ini tetap sama. hehe. Itulah cara aku mengisi masa lapang aku daripada mengingati orang yang tidak ingat kita. 

Okay, nak cerita pasal baby baru. Alhamdulillah dengan rezeki Allah yang tak daya aku menolaknya. Humm, apa? Fikir apa? Dapat baby kucing lah. haha. Aku bela anak angkat kucing ni ha. Sebab aku dah rindu sangat nak main kucing. Dekat kolej tu, kucing busuk ke tak busuk ke, aku lenjan je. Ntah pape. So, aku teringin nak tambah pahala. Nak jadi macam Abi Hurairah yang jaga makan minum kucing. Seekor pun jadilah. 

Oleh kerana kat kolej, makan sendiri pun cukup cukup je. Nak membela haiwan tu sangatlah tidak menggalakkan. Jadi, aku cuti ni. Aku rasa macam nak sambung je impian aku nak bela kucing. Dah lama sangat tak ada kucing kat rumah. Dalam 5-6 tahun jugak lah. Sunyi rumah ni. Takde seri. hahaha.

Nak di jadikan cerita yang sepatutnya aku nak cerita.Aku utarakan hajat aku kat ayah. Namun, Ayah sangat sangat lah tidak bagi kalau sesiapa penghuni rumah ni nak bela kucing ke hape. Haiwan lain takpe. Sebab dulu ada kucing. Tapi bila kucing tu iyaaaak rata-rata. Ayah yang bersihkan. Lepastu ayah tak sanggup nak menangis atas pemergian kucing tersayang. Kalau kucing mati, satu rumah tak lalu makan. Sedih :'( Ayah dah serik.  

Jadi aku pun merayu punya merayu, siap minta tolong orang tengah plus orang dalam iaitu Mama :D Dan ayah pun putuskan bahawasanya aku boleh nak bela kucing TETAPI ! ada tetapi nya tu. Aku perlulah bertanggungjawab penuh atas kucing tersebut dalam masa sebulan. Iaitu dalam tempoh masa aku cuti ni. So, takkan lah nak bela sebulan then buang kan? Kan kejam namanya tu. 

Aku fikir punya fikir. Aku nak pinjam kucing jiran aku. Dia ada banyak kucing cantik cantik. Kalau aku pinjam, mesti dia tak marah kan. hihi. Aku mintak lah tolong mama mintakkan kat jiran aku. Cik Yati nama dia. Anak dia Haikal. Muka macam Iman. Haha *tak perlu cerita kot* Cik Yati memang ternyata sangat baik. Dia bagi lah seekor. Yeayyyyyyyyyyy !  XD


Okay, nama dia CIGENIT. Ouh, bukan aku yang letak nama tu. Cik yati, tuan diaaa yang bagi. Haha. Kalau aku nak bagi nama kucin. Tak pun panggil meow je. Kan lebih dekat dengan jiwa kucing. Tak gitu? haha. Dia sangat comel. Warna kelabu pelbagai tone, Bersisik, eh tak berbulu. haha. Betina dan sangat manja dan aktif. And and dia ni kaki pendek. Gemok. Hahaha macam aku, kalau aku kucing aku mesti comel. BHAHAHAHA. Jadi orang pun comel apa? haha. dah diam. Sambung.  Mula mula, macam malu malu kucing lah jugak. Lepastu dia dah okay, asyik nak ikut orang je kejenye. hehe. Comel kan? hehe. Dia betina, tapi dia nakal. Hehe.

By the way, aku jaga cigenit macam orang. Cuma beza dia tak pandai bercakap. Itu je. Kalau lah boleh bercakap. Jadi lah teman aku kat rumah yang berseorangan ni. Hehe. Okay, nampaknya sampai disini sahaja. Dia nak main je. Ni ajak aku main cak cak bah dengan dia. HEHE. Boleh kurus aku layan kucing.

wassalam semua pecinta kucing yang tak cinta dan biasa biasa pun wassalam jugak . hihi